Masalah sinki tersumbat memang menyebabkan kerja dapur tertangguh. Mana taknya, nak masak pun jadi sudah. Lepas masak nak basuh periuk tu pun spoil mood sebab sinki tersumbat. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara mudah baiki singki dapur tersumbat dan berbau.
Jom cuba kaedah yang dikongsikan oleh Syafini Hassan untuk menghilangkan masalah sinki tersumbat dan berbau dengan mudah. Tak perlu minta tolong suami dan upah orang sebab dah boleh buat sendiri. Mudah dan jimat!
Pagi ini sudah selesai mengemas dan packing parcel, kak pin teringat yang sinki dekat dapur itu sudah tak berapa lancar airnya. Perasan tak kekadang kita terbau benda busuk kat sinki itu. Cari - cari tak jumpa pula puncanya. Sampah dah clear.
Kekadang lemak dan air dalam sinki itu yang berbau. Ye la macam-macam yang masuk lubang itu kan?
Dulu kak pin suruh hero kak pin buat. Tapi bila kak pin dah full time kak rumah ni terpaksa la belajar berdiri diatas kaki sendiri kan.
Jom kak pin kongsi macam mana nak clearkan saluran sinki yang tersumbat ataupun yang lama tak cuci.
Mula-mula jerang seperiuk air. Tak perlu sampai mendidih. Just cukup-cukup panas sahaja.
Selain itu kena ada 2 benda ini.
1. Sebotol cuka buatan
2. Sebotol soda. Bukan soda bikarbonat yang buat kek tu. Ni soda memang untuk clearkan sinki. Boleh beli dekat kedai hardware berhampiran. Harga sebotol macam ini dalam rm16.Ini rupa soda itu. Berkeping-keping, kalau boleh jangan pegang direct sebab bahan kimia.
Langkah Seterusnya. Keringkan sinki dulu. Kurang mujarab kalau ada air bertakung
Selepas Itu tuang cuka kedalam air panas tadi. Sesedap rasa juga.
Selepas itu tuang air panas tadi ke lubang sinki. Hati-hati sebab ada tindak balas. Tuang sikit-sikit dulu.
Bersih dah sinki kita. Kalau ada 2 sinki ulang proses yang sama. Yang terbaik takperlu tunggu sinki sumbat baru nak cuci.
Masih tercari-cari idea untuk hiaskan dinding rumah anda? Boleh ikuti perkongsian oleh Hanan Aana di laman Faceboknya. Dinding kosong rumahnya yang diberikan sedikit sentuhan yang dipanggil accent wall. Memang cantik hasil kejadiannya. Jom ikuti perkongsian dibawah, mana tahu boleh buat juga untuk rumah anda. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara diy "accent wall" mudah dan simple.
Assalamualaikum. Di sini kami nak jawab soalan-soalan kawan-kawan yang berminat nak buat accent wall ni. Ramai jugak yang berminat sebab mesej di faceboook dan Instagram. Details memang ada setiap gambar ya.
Jenis kayu: KAYU SYILING atau KAYU SPIN
Keluasan dinding kami: 7 metre persegi
Panjang kayu: depend on kedai ( yg kami punya 8 kaki)
Dimension kayu:1 inch x stgh Inci
Mana nak beli kayu: Kedai Hardware ( org melaka boleh Pm tepi. Kami bg cntct number kedai terus)
Pembelian tools digunakan: MR DIY
Total cost: Rm 210
Jenis cat: Jotun Majestic Matte (statement Blue)
Code cat: 4863
Undercoat: Jotun Plus
Lakaran design dari Abi Fakhrullah Azmi masa ni tukar skala dinding tu utk tahu exactly berapa batang kayu kena beli. Kayu sebatang dlm 8 kaki.
Jadi mula la proses melakar on real wall.
Memang menguji kesabaran. Tapi kalau bersabar dengan anak, pasti result akan gempak.
Proses sanding lepas sudah wood filling. Yang ini pun mencabar. Sebab lepas sudah sanding, tiba-tiba baru perasan masih ada lagi lubang dan gap.
Kenapa kena sanding? sebab wood filler itu tak rata. Ratakan semula. Lepas itu dinding tak flawless pun. Jadi apa lagi, kikis mana-mana yang tak rata. Settle sanding. Kena vacuum semua habuk2 pada setiap kayu.
Masa ini kegigihan diperlukan level 600%.
Ini adalah ketika proses mengecat.
Ibu-ibu kebiasaannya akan mengalami stress setiap kali nak kemas balik almari baju yang telah disepahkan anak-anak. Masalah ini kerap berlaku jika almari baju diletakkan dalam bilik anak-anak, kerana jika terlepas pandang mereka akan sepahkan almari setiap kali nak ambil baju. Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah mengenai diy bilik pakaian khas elak anak buat sepah.
Atam Ayu berkongsikan cara beliau yang terbukti berkesan untuk mendidik anak menjadi lebih 'behave' dan tak selerakkan atau sepahkan baju. Jom ikuti perkongsiannya.
Bilik baju. bilik khas. 1 bilik di belakang sekali dijadikan bilik baju.
Tiada almari baju dibilik lain.
Nak mandi, pergi ambik baju bawak masuk bilik dan tukar salin dalam bilik masing-masing.
Anak2-anak masih kecil, kakak yang berumur 6tahun selalu jadi ketua ambikkan baju adik2 sesiap.
Setakat ni memang tak membebankan ..anak2 sangat behave dan tak selerakkan atau sepahkan.
Bilik baju dah buat dari tahun 2016-2020 masih kekal sama..
Habuk? Ada tapi nipis sebab saya amalkan deep cleaning 1 kali seminggu.
Lap habuk,sapu,vacuum dan mop
Ni bilik terapi saya,saya suka betapa dalam ni..lepas siap sembur pewangi pakaian..biarkan..tiap kali masuk, bau wangi...seronok sangat.
Tak pernah rasa stress uruskan pakaian..
Pakaian dewasa digantung, hanger perlu sama warna
Setiap anak ada bakul pakaian yang berbeza mengikut jenis
Pakaian harian dilipat, pakaian untuk keluar digantung
Tempat untuk menggosok juga di bilik yang sama
Cara simpan tudung (bawal, shawl dll)
Setiap jenis benda ada tempatnya
Kemaskan? Boleh la jadikan ia sebagai sumber inspirasi untuk rumah anda. Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi idea dan ispirasi kepada anda dalam cuba untuk melakukan diy seperti ini. Selamat mencuba diy sendiri dirumah.
Dah duduk dalam rumah semasa PKP pun masih batuk? Lihatlah di siling dan dinding pejabat atau rumah anda. Ada nampak tompok tompok hitam berdebu yang berkumpul? Ya, itu adalah kulat. Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah mengenai kulat pada dinding punca senang batuk dan selsema.
Kulat di dinding dan siling biasanya berlaku akibat persekitaran yang lembab akibat kebocoran bangunan atau sistem pengudaraan yang tidak lancar.
Bukan sekadar kulat, sebenarnya ia mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan.
Spora halus yang di bebaskan oleh kulat ini boleh di sedut masuk ke paru paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan.
Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.
Sekiranya tidak di bersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru paru terjejas dan mengkibatka masalah kronik seperti astma.
Bagi yang sememangnya menghidap astma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.
Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.
Buat mereka yang memiliki rumah diperbuat daripada kayu atau mempunyai perabot kayu di rumah sangat perlu berhati-hati dengan anai-anai. Kenapa? Sebab serangga kecil ini mampu merosakkan rumah atau barangan perabot. Perkongsian dari Giler Deco pada kali ini adalah mengenai petua halau anai-anai dari rumah yang berkesan.
Jika rumah anda mempunyai anai-anai, jangan pernah mengambil mudah kerana ia sangat bahaya. Sebagai contoh jika anai-anak memakan lantai rumah boleh menyebabkan ia runtuh dan amat berbahaya jika kita memijak lantai itu kerana ia boleh runtuh bila-bila masa sahaja.
Bukan itu sahaja, sudah tentu mengambil kos yang tinggi untuk membaik pulih lantai kayu atau apa-apa sahaja yang telah rosak akibat dimakan anai-anai. Jadi, jom ikuti 5 petua untuk halau anai-anai dibawah.
Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Dupaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada anai-anai.
Sifat panas dari kapur akan sangat tidak disukai anai-anai kerana ianya memiliki kulit tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi rayap. Caranya sangat mudah, siramkan air kapur sirikh ke kayu yang di serang atau juga terus ke sarangnya.
Memanfaatkan air pertama dari basuhan beras untuk mengusir anai-anai. Siramkan saja ke sekeliling sarang rayap.
Minyak tanah sekarang ini mungkin sukar dijumpai kerana kita dah tak menggunakan lampu pelita. Carilah di kedai dan gunakan minyak tanah untuk mengusir anai-anai. Caranya cukup mudah, semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
Tembakau bermanfaat untuk membunuh tungau yang biasanya menyerang anak kecil jika bermain di rumput. Tembakau inilah juga berkesan terhadap anai-anai. Untuk lebih efektif, anda boleh mencampur tembakau dan air lalu di biarkan satu malam (semalaman) agar memperoleh larutan tembakau. Semburkan air campuran itu pada kayu yang di serang atau juga ke sarangnya.
Ini dia cara mudah buat pokok hiasan yang "viral". Tak perlu dah nak beli mahal-mahal. Hanya guna barangan dari kedai ECO RM2 sahaja. Perkongsian kali ini adalah mengenai diy pokok hiasan "viral" guna barang keda eco.
Jom ikuti perkongsian oleh Abby Saipol di bawah.
Cara-cara buat pokok ECO. Pokok yang saya dah buat Pokok Keladi dan Pokok Pisang. Cara-cara dia sama sahaja. Cuma beza daun.
Kemudian buka daun dan lenturkan lembut2 mcm lentur daun pokok pisang viral juga. Buka ikut cita rasa masing-masing.
Itu sahaja perkongsian Pada kali ini. Semoga bermanfaat!
Seterika anda hangus? Setiap kali bila gosok baju mesti kesan seterika tu akan melekat atas baju dan merosakkan baju. Nak pulak masa tu dah terlambat nak pergi kerja atau ada urusan penting, kalut dibuatnya. Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah mengenai cara mudah hilangkan kesan "hangus" pada seterika.
Rupanya ada cara mudah untuk hilangkan kesan hangus pada seterika, tak perlu membazir nak beli seterika yang baru. Jom ikuti cara hilangkan kesan hangus pada seterika dibawah ini.
Bahan yang paling senang untuk bersihkan seterika yang hangus adalah dengan menggunakan garam. Caranya sangat mudah.
Mula-mula, taburkan garam di atas sehelai surat khabar atau aluminium foil dan kemudian panaskan seterika menggunakan suhu yang paling maksimum.
Selepas itu, gosokkan permukaan seterika di atasnya hingga tertanggal semua kesan hangus. Berkesan!
Gunakan sebatang lilin dan gosok pada seterika yang dah dipanaskan hingga lilin menjadi cair. Selepas itu, tonyohkan permukaan seterika pada kain buruk / kain yang tak digunakan lagi.
Cubalah, permukaan seterika akan kembali licin.
Kalau di rumah ada banyak daun pisang, bolehlah gunakan teknik ini. Ia juga petua yang biasa digunakan oleh mak-mak kita.
Caranya, gosokkan saja di atas daun pisang. Kalau kesannya susah nak tanggal, kikiskan dengan pisau dan gosok semula dengan daun pisang untuk licinkan permukaan seterika tadi.
Cara yang seterusnya ini tak perlu panaskan seterika.
Gunakan ubat gigi dan sapukan pada bahagian yang ada kesan hangus. Biarkan seketika dan kemudian sental dengan kain. Kesan kotoran akan tanggal dengan mudah. Ulangkan beberapa kali atau sehingga ianya betul-betul bersih.
Cara seterusnya, boleh gunakan baking soda atau soda bikarbonat yang biasa kita gunakan untuk buat kek. Soda bikarbonat memang terkenal sebagai agen pencuci yang berkesan.
Campurkan sedikit air pada serbuk baking soda sehingga menjadi pes. Kemudian sapu pada permukaan seterika yang hangus atau hitam. Biarkan sekejap untuk ia bertindakbalas. Kemudian, ambil kain buruk dan goso
Satu lagi cara yang mudah, boleh gunakan kertas pasir. Macam guna garam tadi, kita panaskan seterika dan gosok hingga kotoran tanggal.
Seeloknya guna yang kasar dulu, kemudian guna yang nipis. Gosokkan hingga permukaan seterika menjadi bersih.
Tidak semua dapur rumah mempunyai kabinet dapur. Untuk memastikan dapur anda kekal kemas anda perlulah bijak dalam menyusun peralatan dapur anda. Perkongsian ini sesuai untuk anda yang baru berkahwin atau baru mula menyewa rumah. Sudah tentu banyak kos yang sudah dikeluarkan untuk beli perabot rumah, perkakas elektrik dan sebagainya. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara susun perkakas dapur tanpa kabinet.
Namun jika anda masih belum mampu untuk memasang kabinet dapur, jangan risau kerana ia bukan halangan untuk dapatkan dapur yang cantik, kemas dan tersusun. Jom ikuti perkongsian oleh Noor Hafiza Mohamad, cara susunan perkakas dapur walaupun tanpa kabinet.
Bukan itu sahaja. Dapur yang kecil dan tidak mempunyai kabinet tidak semestinya harus dibiarkan terus bersepah bukan? Banyak cara sebenarnya untuk menjadikan dapur rumah anda cantik dan berseri walaupun tidak mempunyai kabinet.
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang ingin dikongsi oleh wanita ini mengenai dapur tanpa kabinet ini.
Rak Tudung periuk - Super Cowboy Temerloh
Jaring putih wirenet - DAISO
Plate holder beli di IKEA/DAISO
Rak jaring (wirenet) letak rempah beli di DAISO
Rak periuk beli di SHOPEE
Penghadang aluminium beli di MR DIY
Rak besen beli di SHOPEE.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler deco pada kali ini. Diharap perkongsian ini dalam memberi seribu manfaat kepada anda dalam menyusun peralatn dapur. Semoga bermanfaat.
Pokok lidah jin atau lebih dikenali sebagai snake plant. Bukan sahaja cantik dijadikan sebagai hiasan dalam atau luar rumah, malah mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri jika diletakkan di dalam rumah. Perkongsian giler deco pada kali ini adalah dari Yuslan Ibrahim. Perkongsiannya adalah mengenai tips penjagaan pokok lidah jin yang betul dan mudah.
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian tips yang amat menarik ini.
Pokok ini juga diantara pokok yang disenaraikan oleh NASA yang mampu menyingkirkan toksik dan bahan cemar bawaan udara di dalam rumah. Namun, jika tidak dijaga dengan baik, pokok akan mati atau busuk. Jadi bagaimana cara penjagaannya yang sebenar?
Jom ikuti perkongsian oleh seorang pengguna di Facebook tentang cara penjagaan pokok lidah jin dibawah:
Okay, lepasni boleh ikut tips-tips di atas ya. Semoga bermanfaat!Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda.
Kipas siling rumah anda slow? Jangan risau, tak perlu beli kipas baru yang agak mahal kosnya tu. Jom ikuti perkongsian oleh azfar ahmad melalui laman twitternya, kos hanya RM5 untuk kembalikan kelajuan dengan baiki kipas siling dalam masa 20 minit sahaja!
Kipas siling slow? baru pakai 5 tahun, tak kan nak kena tukar kipas baru. Kipas dulu elok je 10 tahun guna takde masalah. Nak tak aku ajar cara repair sendiri? Kos rm5 je, dari beli kipas baru kena rm400.
Kipas ni kalau slow kebiasaanya disebabkan capacitor. Ni antara capacitor yg selalu digunakan. Apa beza dua ni? Biasanya capacitor belah kanan ni untuk kipas yang pakai remote control, yang kiri pulak jenis kipas lama yg suis speed control melekat kat dinding.
Capacitor ni senang je korang nak beli, harga sebijik biasanya tak lebih rm5. Capacitor ni banyak jenis, korang nak senang pi beli kat hardware bagitau je model dan brand kipas. Lagi mudah korang ambk gambar kipas tu tunjuk ke tokey. Nak cari kat shoppe pon ada, tapi kena pandai cari.
Capacitor ni banyak jenis, kang salah beli tak jalan pulak kipas tu. Nak beli capacitor ni kena tau dua benda, uF ( micro farad ) dan v ( voltage ). Jadi korang kena tau berapa nilai uF dan v capacitor kipas korang, dan cari value yang sama.
Dah beli capacitor, macam mana pulak nak tukar? Kalau kipas aku capacitor dia melekat kat board. So korang kena solder je part mana yang nak tukar.
Macam aku kata awal tadi, kipas jenis lama selalunya pakai capacitor jenis ni. So kalau jenis ni nak mudah korang beli siap connector wire mcm gmbr kanan ni. Potong wire capacitor lama tu dan sambung je guna connector ni.
Aku terangkan sikit mcm mana nak buka kipas jenis ni. korang pusing je casing ni arah lawan jam. Nanti dah buka casing tu akan nampak ada 3 skru, dan buka.
Bila dah buka skru tu, baru korang jumpa board. Sebelum korang buka board ni, pastikan cabut dulu wire connector. Lepastu apa lagi, korang boleh tukar capacitor baru macam aku bagutau tadi. Mudah kan?
Aku buat tadi kejap je, tak sampai 20 minit. Jadi daripada korang beli kipas baru terus, why not cuba tukar capacitor dlu. Tidak perlu untuk baiki kipas siling lagi lepas ni. Harap korang faham la ya.
Selamat mencuba semua!
Anda ada mengalami masalah cicak merayap kat dinding rumah? Kadangkala satu rumah geli dibuatnya. Yang paling merisaukan apabila adanya cicak ni, kaalu anak-anak terpijak najis cicak yang merata-rata, habis satu rumah terkena najis nanti. Perkongsian dari Giler Deco pada kali ini adalah mengenai cara atasi masalah najis cicak merata di rumah.
Nak tak nak, kena cari juga penyelesaian kepada masalah cicak ni. Jom ikuti perkongsian oleh Hani Mynis dibawah untuk menyelesaikan masalah cicak di rumah.
Hani tahu ramai yang tunggu hani post pasal pengurusan cicak kat rumah ni. Hani anti kat cicak ini bukanlah semata-mata sebab geli dengan cicak tapi najisnya yang merata-rata itu mengotorkan dan susah nak dibersihkan bila sudah kering.
Punyalah hani anti dan geli dengan cicak, ha hambik satu post hani buat khas untuk dia.
Sebelum hani kongsi macam mana nak elak atau tak nak cicak masuk rumah ni, jom kita berkenalan dengan cicak ini dulu. Kita dah kenal dia baru kita boleh “hapuskan" dia.
Makanan cicak : binatang atau serangga kecil seperti semut, nyamuk, lalat, kumbang, unggas, labah-labah kecil.
Pemangsa cicak: burung
Habitat cicak : Tempat yang hangat (disebabkan sekarang inikan musim hujan sebab itu banyak cicak masuk rumah, cicak sejuk dekat luar tu), belakang almari, belakang tv, sekitar peti ais, sekitar lampu, belakang bingkai gambar dan cermin.
Kesukaan : persekitaran yang kotor, tempat yang berbau hapak seperti timbunan kertas terutamanya surat khabar, timbunan kasut, timbunan baju
Kebencian : bau yang tengik seperti bau bawang merah, bawang putih, tembakau, cuka, ubat gegat
Hilangkan bekalan makanan cicak kat rumah kita , iaitu kita uruskan dulu masalah nyamuk dan semut yang banyak kat rumah. Gunakan racun semut (yang jual sepeket rm1 tu sangat berkesan) dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Bila bekalan makanan dia takda kat rumah kita automatik cicak akan berkurang atau takda lansung. Hani gunakan cara ni juga yang menyebabkan kat rumah hani susah nak jumpa cicak.
Disebabkan cicak takut kat burung, bela burung kat rumah! Eh eh haha takyah sampai cmtu sekali, memadai sediakan jejak burung seolah2 ada burung kat rumah kita dgn cara :
- letak beberapa kulit telur burung puyuh kat area tingkap atau mana2 tempat cicak boleh masuk. Dia nampak je telur burung puyuh tu confirm tak jadi masuk rumah haha.
- lekatkan bulu pelepah burung kat tempat masuk cicak tu. Kalau nak cantik boleh letak bulu pelepah burung merak lekat kan dinding jadikan perhiasan.
Disebabkan cicak suka lepak belakang almari dan bingkai cermin dan dinding, semasa susun atur perabot jangan rapatkan perabot kat dinding. Jarakkan dalam 10 cm dari dinding. Kalau kat rumah banyak cicak, kurangkan perhiasan sangkut2 mcm bingkai cermin dan gambar.
Jaga kebersihan rumah, pastikan tong sampah bertutup. Sebab bila sampah dan sisa makanan tarik perhatian lalat, automatik cicak pun datang ramai2 panggil geng dia sbb banyak makanan dia kat rumah tu haha.
Elakkan suka melonggok barang samada kain-kain, kertas dan kasut. Kitar semula surat khabar lama. Re-organise semua barang supaya teratur dan berada di “rumah” dan tempat khas utk setiap barang2.
Letakkan beberapa ulas bawang putih atau hirisan bawang merah dalam kabinet. Tapi ini kena berhati-hati sebab perlu ditukar selang 3 hari. Kang membusuk lain pulak jadinya.
Letak ubat gegat dalam kabinet atau laci. Tapi laci/kabinet berisi makanan tak digalakkan.
Lap permukaan meja makan/ kaunter kabinet dengan semburan campuran cuka (diy surface cleaner, resepi kat caption gambar) utk elakkan cicak melintas atas meja makan kita.
Bahan untuk hasilkan surface cleaner:
- 250ml air biasa (air paip)
- 50ml cuka (cuka murah2 je cuka sintetik pn ok)
- 3 sudu plastik dish soap (hn guna Joy)
- 1 sudu plastik dettol
Guna pelekat perangkap lalat. Boleh beli di Eco. Tampalkan di sebelah peti ais atau belakang tv, bingkai cermin atau gambar. Cicak akan melekat kat atas pelekat tu dan kita boleh buang bila dah ada beberapa cicak melekat. Tak digalakkan utk org penggeli cicak mcm hani hahaha hani x berani buat ni.
Bela kucing sbb kucing boleh tolong tangkap cicak, bukan setakat cicak kadang2 sumpah2 pun dorang boleh “hadiahkan” kat tuan dia.
So pilihlah cara yg mana satu yg nak diguna utk singkirkan cicak kat rumah. Semoga bermanfaat.
Setiap kali buka peti ais, mesti pening kepala sebab banyak sangat barang dalam peti sejuk. Lagi-lagi bila susunan barang tu tidak teratur atau sisa-sisa makanan yang dibungkus dalam plastik berselerak. Perkongsian kali ini adalah mengenai tips mudah cara susun atur barangan dalam peti ais
Siapa yang ada masalah kat atas wajib baca artikel ini sampai habis! Kenapa? Sebab benda ini memang akan membantu anda untuk susun atur barangan dalam peti ais lebih baik lagi selepas ini. Jom ikuti perkongsian oleh Roselini Binti Jusoh di bawah.
Time baru Beli stok mcm ini la rupanya, lin akan beli barang bila kosong peti ni.
Dulu lin Letak dalam plastik sahaja tetapi bila letak dalam bekas nampak lebih kemas dan senang nak keluarkan dan defrost.
Sayur pun ada tempat masing-masing, biasa rumah lin wajib ada carrot, sawi, kubis, timun dan brokoli.
Setiap level ada tempat khusus, buah, sayur, pes senang nak tuju. Nak simpan lauk semalam dan boleh dipanaskan, letak dalam bekas then letak kat chiller pun boleh.
Kat multi storage lin letak ubat yang memang kena letak dalam peti dan anak-anak kecil ini memang banyak guna syringe.
Lada mesin, bawang mesin itu banyak membantu nak cepatkan keje memasak. Lengkuas, halia dan kunyit hidup lin letak satu bekas dan letak air untuk tahan lama tapi kena rajin la tukar airnya.
Bekas ni utk packing pes, senang nk cari.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharap dapat memberi manfaat kepada anda dalam cuba untuk susun barangan didalam petis air anda.
Jika bercerita tentang rumah kayu mesti semua orang dapat membayangkannya. Lagi-lagi jika seseorang itu pernah merasai tinggal dirumah kayu kampung. Kelebihan rumah kayu ini adalah anda akan berasa amat sejuk ketika tidur diwaktu malam. Berbeza sekali dengan rumah banglo. Anda perlukan kipas jika mahu tidur diwaktu malam. Perkongsian kali ini adalah dari Ferdaus Ahmad yang berkongsi dekorasi rumah dilaman facebook miliknya. Perkongsiannya adalah mengenai ubahsuai rumah kayu felda guna konsep "klasik moden".
Terus nampak luas dan sedap mata memandang apabila rumah kampung yang lusuh itu kini diubahsuai dengan gaya baru.
Jom ikuti perkongsian gambar yang dimuatnaik olehnya di bawah.
Ini adalah keadaan rumahnya sebelum proses ubahsuai dilakukan dengan gaya dan konsep baru.
Ini pula keadaan rumah ketika proses ubahsuai rumah sedang giat dilakukan dengan gaya baru iaitu klasik moden.
Ini pula adalah keadaan bilik sebelum diubahsuai dengan gaya baru. Jelas kelihatan lama dan lusuh ruang bilik ini. Jom sama-sama kita saksikan gambar rumah yang sesudah diubahsuai dibawah ini.
Ini adalah keadaan rumah kayu yang telah diubahsuai dengan gaya baru iaitu menggunakan konsep klasik moden. Menarik bukan apa yang dilakukan oleh pemilik rumah kayu ini. Dari kediaman usang ditukar menjadi rumahku syurgaku.
Ini pula adalah keadaan ruang tamu rumahnya. Teus kelihatan luas apabila diubahsui.
Ini adalah keadaan dekorasi bilik tidur miliknya.
Ini pula keadaan biliknya dari sudut pandangan lain.
Ini pula dekorasi pada bahagian tingkap rumahnya
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam mencari idea dan inspirasi untuk mengubahsuai rumah anda nanti.
Siapa disini ada membeli rak kayau atau pun sekarang sedang menggunakan rak kayu dirumah mereka. Pernah atau tidak rak kayu tersebut didatangi oleh beberapat kulat yang tumbuh pada bahagian permukaan rak tersebut?
Perkara ini selalu dihadapi mengenai habuk kulat pada rak-rak di dalam rumah adalah selepas musim hujan. Ini kerana kulat tersebut suka pada tempat yang lembap dan akan tumbuh pada permukaan sebegitu
Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda cara efektif untuk hilangkan habuk kulat yang anda sekarang sedang mengalami. Selepas 2 tahun pun habuk kulat tak muncul dah, tak perlu susah-sudah dah nak lap setiap minggu.
Selain ulat habuk, kulat ini juga mudah membiak di permukaan perabot murah sebab sifatnya yang mudah menyerap lembapan kerana diperbuat daripada habuk kayu.
Jadi misi kita adalah memikirkan bagaimana supaya udara di dalam ini sentiasa berada dalam keadaan kering.
Oleh itu, kita gunakan gel silika yang selalu terdapat di dalam kotak pembukusan barang dan beg. Konsep macam Thirsty Hippo-lah lebih kurang. Tapi nak kumpul gel ni banyak-banyak makan tahunlah jawabnya.
Cara mudah adalah beli gel timbang kilo di Shopee atau alternatifnya beli kristal kucing di kedai haiwan peliharaan.
Kemudian bungkus masuk dalam bekas dan jangan lupa tebuk lubang agar ia dapat berfungsi dengan baik.
Oh ya, kristal ni boleh dikitar semula kalau nak. Setahun atau dua tahun sekali, korang boleh jemur balik di bawah terik mentari atau salainya atas kuali kat dapur.
Kalau korang beli gel silika yang boleh berubah warna bila kandungan air tinggi, lagi mudah nak nampak.
Bungkus banyak-banyak dan gunalah di tempat yang sepatutnya seperti di dalam rak, perabot, storage box, luggage bag dan sebagainya. Gel silika ni menyerap lembapan di dalam udara. Bukan menyedut air. Haha! Sat lagi korang salah faham pula.
Kalau korang bungkus wayar, dawai besi atau barang dalam plastik dan diletakkan dalam storage box, pastikan letak sekali gel ni dalam plastik tersebut. Sebab udara yang terperangkap dalam plastik tu masih ada lembapan.
So, kalau biar lama-lama nanti jadi stained wayar tu nak kena cuci balik. Kalau tak, sila gunakan plastik yang berlubang supaya pengaliran udara baik dan tak terperangkap dalam plastik.
Ni rupanya setelah dua tahun. Masih berkilat macam saya tinggalkan dulu. Habuk-habuk sawang tu adalah sikit. Tapi kehadiran kulat tu langsung tak ada.
Dua tahun lepas lepas bersihkan kulat, saya spray dan lap dulu guna Dettol Disinfectant Spray. Baru saya isi barang dan letak dua kotak gel silika di dalamnya.
Itu sahaja perkongsian saya cara untuk hilangkan habuk kulat dengan berkesan dan berjaya. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda. Semoga bermanfaat semua
Sumber : Bijen Mohd
Baby apabila dah pandai berjalan, memang rajin sangat 'menolong' selongkar laci baju. Habis bersepah dibuatnya, jenuh nak lipat sekali lagi. Sebenarnya, ada cara mudah untuk lipat baju baby dan elak baju bayi bersepah bila diselongkar oleh mereka iaitu menggunakan cara lipatan 'tuck in'. Jom ikuti perkongsian oleh Ojie Ismail di bawah.
Baby dah pandai berjalan dan sangat rajin tolong selongkar laci baju. Guna konsep lipat dan 'tuck in' memang terbaik sebab, selongkar lah cara mana pun, In Sha Allah lipatan baju masih kukuh dan tak terlerai.
Bila dah puas anak selongkar sampai laci kosong, ibu2 hanya perlu susunkan semula jer.. Dah tak payah penat2 lipat balik. Cuma kemas2kan lipatan jika perlu.
Mungkin ada kawan2 yang mengalami masalah yang sama. Kita lipat2, tak sampai 10minit dia dah selongkar balik. Dah nak kena lipat lagi. Harap2 bermanfaat buat kawan2 dan ibu2 muda di luar sana.
Kita cuba mula dengan baju lengan panjang dan seluar panjang
Terbalikkan baju seperti gambar di atas
Lipat dua seluar panjang. Letakkan di tengah baju tadi
Lipat lebihan seluar sama panjang dengan badan baju
Kemudian, lipat lengan sebelah kiri serta kemaskan lebihan lengan
Ulang langkah melipat lengan untuk sebelah kanan dengan cara yang sama
Jika didudukkan juga lipatan tidak terbuka. Nyata kemas!
Gaya melipat ala-ala tuck in juga boleh diguna pakai untuk melipat tuala. Tuala yang melintang dilipat separuh seperti dalam gambar
Sepertiga bahagian dilipat ketengah
Ulang untuk sepertiga bahagian lagi dan dapatkan hasil seperti di dalam gambar
Mula melipat cara tuck in. Lihat gambar diatas
Tuck in sepertiga bahagian hujung tuala
Tadaaaa. Dah siap! Senang kan? Sekarang giliran anda pula untuk lakukannya
Semoga bermanfaat untuk anda semua!
Sumber : Ojie Ismail
Cuba perhatikan dinding rumah anda, ada tak dinding yang bersopak macam dalam gambar di bawah? Biasa dinding yang bersopak ini disebabkan oleh jenis cat yang digunakan itu tidak berkualiti. Ini dia cara untuk hilangkan sopak di dinding dengan mudah, yang penting kena rajin sahaja. Barulah rumah nampak lebih bersih dan sedap mata memandang.
Selain itu. faktor yang menyebabkan dinding rumah anda bersopak adalah disebabkan oleh dinding yang agak lembab. Hal ini biasanya berlaku disebabkan oleh kawasan bilik anda yang bersopak itu kedudukannya dekat dengan tandas. Selain itu juga faktor bersopak ini boleh juga disebabkan oleh faktor air tempias hujan.
Sebenarnya memang ramai pemilik rumah yang mempunyai masalah dinding seperti ini. Jadi Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang ingin dikongsi olehnya ini.
Pertama yang anda perlu buat adalah sediakan cuka. Jika tiada dirumah anda haruslah pegi beli. Harganya tidaklah begitu mahal.
Satukan bahan di bawah:
- Cuka 1 tudung air mineral
- Air 1½ cebok atau gayong mandi
Cara-cara:
1. Celupkan kain di dalam campuran tadi kemudian biarkan kain itu seketika untuk pastikan bahan yang dicampurkan tadi menyerap dengan sempurna.
2. Lap pada kawasan dinding yang bersopak itu.
Ini adalah gambar keadaan kawasan dinding sebelum masalah sopak ini dibasmi.
4. Ini pula adalah keadaan selepas dinding rumah anda selesai dibersih. Menjadi bukan tips ini? Dinding yang sebelum ini dipenuhi dengan sopak kini sudah tiada lagi.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda dalam cuba untuk membasmi masalah sopak yang sering menghantui cat dinding rumah anda. Semoga bermanfaat!
Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah mengenai tips kekalkan kewangian rumah supaya rumah anda kekal wangi. Jom wangikan rumah dengan menggunakan 4 tips ini. Boleh amalkan selalu supaya rumah kekal berbau wangi.
- 1 penutup pelembut fabrik
- 10 cawan air
- Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
- 1 penutup pencuci lantai
- Cuka
- Air panas
- Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
- 1 penutup pelembut fabrik
- Cuka
- Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
- 1 sudu kecil teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh cuka
- 1 cawan air
- Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Itu sahaja perkongsian kita untuk kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam cuba untuk memastikan rumah anda kekal wangi. Selamat mencuba ya!
Idea ini sesuai untuk anda yang sudah lama mengidam mahu ubah suai satu sudut rumah supaya kelihatan lebih menarik. Kos bahan yang digunakan tidaklah sampai beribu-ribu ringgit. Ada rm300 dalam poket, dah boleh buat dah. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara buat "accent wall diy" murah dan simple.
Jom ikuti perkongsian oleh Emelia Md Ali yang telah berkongsikan caranya membuat accent wall diy, memang cantik hasil kejadiannya.
Alhamdulilah dapat siapkan accent wall di rumah sendiri. Sebelum ni ngeces jer tengok kat wall fb orang punye. Kos murah jer. Kesabaran yang tinggi nilainya. Tak sabar boleh melayang kayu spin kat mane-mane.
Design mengikut citarasa masing-masing. Saya ceduk di fb jer... Tq tuan yang sudi share idea. Hanya Allah yang dapat membalas.
Projek ni saya ambil masa 3 hari, tapi ikut pada dinding korang dan kesabaran korang. Hari pertama ahad minggu lepas... Berhenti seminggu en somi kerja Sambung hari ke2 ahad dan hari ke 3 Isnin.... Alhamdulilah.... Selesai.
Hari 1: buat frame
Design ikut kreativiti
Proses pemasangan
Siap pasang
Kemasan dengan silikon sealantProses mengecat
Siap