Corak cat pada bahagian dinding rumah yang menarik memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana yang tenang lagi selesa bagi penghuninya yang mendiami supaya dalam tinggal didalam keadaan yang lebih ceria.

Setelah penat bekerja seharian, sudah pasti penghuni kediaman menginginkan pemandangan rumah yang sejuk mata memandang apabila pulang ke rumah. Setidaknya ia dapat menghadirkan mood yang baik dan tenang semasa melangkah masuk di dalam bahagian rumah.

Jadi, jom sama-sama kita lihat contoh dan corak yang boleh dijadikan inspirasi dalam penghasilan dekorasi pada dinding di bawah ini.

Corak Cat Dinding Yang Menarik

Menukar corak cat adalah salah satu cara yang anda boleh lakukan untuk menghadirkan satu suasana baru ke dalam rumah. Rumah merupakan sebuah istana dan syurga bagi setiap keluarga serta sudah pasti menjadi tempat yang nyaman dan damai untuk beristirehat juga. Jadi ruang yang kelihatan suram dan agak tidak menarik boleh kita ubah menjadikkannya lebih menarik dan ceria.

Terdapat beberapa ruang yang sesuai diterapkan corak seperti ini. Diantaranya adalah :

 Bahagian ruangan kerja.

corak dinding kerja

corak dinding 3

Bahagian bilik tidur.

corak dinding tidur

corak dinding tidur

corak dinding tidur

Bahagian ruang tamu.

  

Bahagian tandas.

Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk deko rumah supaya kelihatan menarik dan ceria

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

 

Susah betul nak cari sangkar kucing bajet bawah RM200 ni, namun Alhamdulillah terima kasih kepada Aisyah Zaila HjMT kerana berkongsi bagaimana untuk DIY menggunakan barangan dari kedai Eco sahaja.

Kini pemilik kucing sudah tidak perlu lagi mengeluarkan bajet yang besar membeli sangkar kucing yang luas  untuk memberi keselesaan kepada kucing anda.

Jom ikuti proses DIY bajet yang dikongsikan oleh wanita ini.

Proses DIY Sangkar Kucing

 

Antara barang yang diperlukan adalah

Langkah - Langkah:

 

Mula-mula bentukkan sangkar menggunakan metal steel. Saiz ketinggian dan kelebaran yang ingin dihasilkan bergantung kepada anda.

Sangkar Kucing 1

Selepas itu, pastikan pada bahagian bawah roda tersebut diikat pada metal steel menggunakan cable tight. Seterusnya ikat di setiap penjuru dan bahagian tengah setiap metal steel supaya base tidak melendut.

Roda sangkar

Jangan lupa pastikan ada pintu untuk masukkan kucing. Boleh lihat gambar di bawah. Ikat selak pintu tersebut menggunakan cable tight.

Engsel pintu

Untuk bahagian atas, gunakan metal steel seperti ini supaya kucing dapat merasai persis sebuah rumah yang berbumbung.

Sangkar kucing 4

Sesiku L digunakan untuk menampung struktur yang dibuat di dalam sangkar. Struktur akan menjadi lebih kuat walaupun lebih seekor kucing berada di situ.

Sangkar kucing 5

Bagi menjadikan sangkar kucing ini lebih selesa, boleh letakkan pelapik di dalam sangkar yang dibina. Boleh sahaja guna yang terpakai ataupun boleh dapatkannya di kedai Eco.

Sangkar Kucing 6

Sangkar Kucing 7

 

Beginilah rupa sangkar kucing yang sudah siap nanti. Boleh diletakkan di ruang luar rumah anda yang luas.

 

Cantik kan hasil kerja DIY sangkar kucing ini? Bukan sahaja boleh menjimatkan belanja tetapi merupakan salah satu aktiviti yang menyeronokkan.

Bajet keseluruhan hanyalah dalam lingkungan RM200 sahaja. Semoga pengkongsian ini bermanfaat untuk anda.

kredit : Aisyah Zaila HjMT

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down