Mempunyai kolam ikan mini sendiri di rumah masing-masing sudah pasti menjadi impian bagi setiap orang. Namun, dek kerana keterbatasan tertentu telah membuatkan impian seseorang itu tidak menjadi kenyataan.
Hal ini kerana kos untuk membuat kolam ikan ini sememangnya sangat mahal sehingga mencecah ribu riban. Walaupun begitu, tidakkah anda berfikir untuk Do It Yourself (DIY) saja dan yang paling penting anda boleh berjimat banyak tau sekiranya nak bandingkan dengan beli yang sudah siap yang kita dah tahu harga nya yang sangat mahal.
Menurut perkongsian daripada Puan Noor Idayu Ismail telah membuat sendiri kolam tersebut dengan hanya DIY saja. Yang menariknya tentang kolam ni, kos yang digunakan hanyalah sekitar RM100 sahaja. Wow, memang jimat poket dan tak perlu berhabis banyak sebenarnya untuk mendapatkan kolam idaman anda.
Projek diy mini kolam ikan..menggunakan barang terpakai. polistren terpakai,sikit barang dari kedai eco, mr diy, dan lebihan bunga dari kaison.. idea dari kami suami isteri...nak beli yang dah siap mahal, buat sendiri kos bawah rm 100.. selagi boleh jimat kita jimat.ambik masa 3 hari untuk siap..sebab kena bagi simen betul2 kering.... jadi la tempat kami ambik angin
1. Hot Glue Gun.
2. Polisterin dari kedai Mr DIY
3. Berus.
4. Beg Simen
5. Batang Lidi.
6. Gam Silikon
7. Pistol Katrij
Min akan kongsikan kepada anda cara-cara nak membuat kolam mini ini. Jom kita sama-sama ikuti langkah-langkah bergambar melalui tutorial di bawah.
Wow cantik kan pemandangan kolam ikan ni. Tak sangka walaupun kos yang digunakan agak rendah, namum hasil yang dibuat oleh beliau boleh dikatakan sudahpun mencecah harga ribu riban bagi kolam ni.
Semoga perkongsian kali ini mampu memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.
Kredit : Noor Idayu Ismail
Baca Juga : 18 Dekorasi Kolam Rumah Dengan Bajet Rendah Yang Menarik!
Seperti yang diketahui ramai, lantai vinyl ini sudah menjadi pilihan hati ramai orang kerana ianya yang mudah untuk dipasang dan jugak kos yang dikenakan tidak begitu mahal untuk memasang lantai vinyl ini.
Namun begitu, tak ramai yang tahu cara yang betul nak memasang lantai vinyl ini sehinggakan terdapat bekas kesan lompong lantai tersebut. Nak tak kalau min nak kongsikan kepada anda beberapa tips penting nak pasang lantai ini. Mudah je tau nak pasang lantai vinyl ni.
Untuk pengetahuan anda, tips ini telah dikongsikan oleh Puan Athirah Sharif. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau.
1. Pasang tape panjang panjang dulu. Jarakkan bagi setiap line tu dalam 1 kaki.
2. Pasang satu line dulu. Boleh mula dari kiri. Rapatkan ke dinding.
Tadaa dah pun siap, nampak mudah je kan nak buat dan cantik sangat bila dah siap sepenuhnya.
Nota Tambahan : Pilih ketebalan vinyl 3mm ke atas lebih baik.
Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.
Kredit : Athirah Sharif
Baca Juga : Ini Tips Supaya Rumah Kekal Wangi Tahan Lama, Hanya Perlu Guna Pelembut Fabrik
Benda boleh DIY, buat apa nak beli mahal-mahal kan, lagipun benda yang elok agak sayang untuk kita buang macam tu je. Idea yang kreatif dan inovatif oleh akak ini sememangnya kita tidak boleh tandingi. Percaya tak kalau min bagitau yang akak ni buat DIY kerusi mini hanya menggunakan tong cat yang kosong sahaja tau.
Nak tahu tak macam mana cara nak ikut idea kreatif dari akak ni ? Jom kita sama-sama kita ikuti perkongsian daripada akak Mastura Mohd Yusoff ini.
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat semua..Selalu nya bila lepas mengecat rumah, mesti ada banyak tong cat kosong kan... nak buang sayang la plak..apa kata kita buat stool...kat sini sy ada tunjuk kan step by step cam mna nak membuat nya...bleh la cuba ye.
1. Tong cat kosong.
2. Kayu 3 keping.
3. Skru .
4. Span.
5. Sarung kerusi( akak ni hanya jahit sarung kerusi mini tersebut).
1. Sedia kan tong cat kosong. Buang penutup dan tangkai.
2. Letak kan kayu dalam tong cat dan skru bahagian tepi tong cat itu.
3. Saya skru pada bahagian yang bertanda.
4. Lekatkan span pada bahagian tepi tong cat(ini baru lapisan pertama).
5. Yang ni pulak lapisan kedua span. Untuk tempat duduk, potong kan span bentuk bulat dekat tempat yang bertanda dan di gam kan.
6. Bila dah siap pasang span keliling tong cat..boleh la dibuat sarung nya..bahagian bawah sarung nya tu lipat ke dalam tong kemudian stapler.
Tadaa, dah siap pun projek DIY kerusi mini akak ni. Cantik kan cara kreatif yang akak ni buat.
Semoga dengan perkongsian artikel ini mampu memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.
Kredit : Mastura Mohd Yusoff
Pernahkah anda mengalami kesukaran untuk menjahit lencana pada baju sekolah anak-anak anda?
Malahan pula, musim persekolahan baru saja menutup tirai pada tahun 2020. Namun ibu bapa sudah pun pening memikirkan nak cari baju sekolah anak-anak nya kerana tahun baru sudah hampir tiba dan sudah pasti akan ada di kalangan ibu bapa yang akan berebut baju sekolah antara satu sama lain.
Semestinya anda pernah merasai betapa susahnya apabila dapat membeli baju sekolah anak-anak pada saat akhir kerana kita sebagai ibu bapa perlu memastikan semua kelengkapan anak-anak sudah cukup sempurna.
Apabila baju sekolah anak-anak lambat dibeli, maka lencana sekolah di baju mereka akan lambat untuk siap kerana kita perlu hantar baju tersebut di kedai jahit untuk menjahit lencana sekolah itu di baju sekolah mereka.
Walaupun begitu, sudah pasti setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Untuk pengetahuan anda, Puan Lia Johari ada berkongsikan cara-cara yang ringkas serta mudah untuk menampalkan lencana sekolah pada baju sekolah anak beliau. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian darinya.
Hai ibu-ibu sekalian.Sekolah nak buka tak lama dah kan..Kepada yang tak jahit lagi lencana sekolah anak hampa,meh kami nak share cara mudah tampal lencana dan tanda nama anak hampa pada baju uniform sekolah depa.Tak perlu jarum dan benang atau tak perlu nak hantar tailor bagai.Actually,kami pun dapat tahu cara ni last year dr perkongsian FB jugak,tak ingat sapa yg share.Tapi memang mudah dan sekejab je,tak sampai 5 minit siap.
1. Bahan-bahan yang di perlukan: Gam UHU, kertas (apa-apa jenis kertas pun takpa), lencana sekolah, tanda nama dan semestinya seterika.
2. Letak gam UHU kat belah belakang lencana, jangan letak sampai melebihi tau,agak-agak ja. Letakkannya di sekeliling dan pastikan ianya serata dengan elok.
3. Lepas tu, masa nak gosok tu, lapikkan bahagian dalam baju/poket dengan kertas. Tujuannya untuk elak daripada melekat kat bahagian dalam.
4. Lapik dengan kain/tuala nipis masa nak iron. Sambil tu angkat iron dan check sama ada lencana tu lekat elok ke tak, kalau ada bahagian yang tak kena gam tu, tambahkan balik gam. Dan kemudian gosok balik.
5. Taaadaaaaa...siap dah! Mudah dan cepat je kan nak tampal lencana sekolah ni.
Sekian saja perkongsian min pada kali ini. Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.
Kredit : Lia Johari
Baca juga : Jimat Duit Anda Dari Membeli Rak Baju Yang Mahal, Jom Kita DIY Sendiri Rak Baju...
Kembali lagi kita pada perkongsian oleh Akak DIY atau dikenali sebagai Akak super duper kreatif ni. Siapa sangka dari botol kaca kosong yang tiada rupa pun tetapi tetap boleh untuk dibuat DIY oleh Akak ini. Perkongsian ini adalah mengenai cara diy vanity storage jar hanya guna botol terpakai.
Akak yang dimaksudkan oleh min siapa lagi kalau bukan akak Norpadilah Binti Afandi. Nama beliau sudah tidak asing lagi dalam bidang DIY ini kerana sering kali kita lihat idea nya yang tak terpikir untuk kita melakukan projek yang terlalu kreatif.
Siapa sangka daripada botol kaca yang kosong saja telah mampu untuk dilakukan transformasi membentuk Vanity Storage Jar yang membolehkan kita menyimpan pelbagai jenis barangan di dalam botol tersebut.
Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau.
DIY simple botol simpanan pelbagai barangan, khasnya untuk vanity area. Orang perempuan je biasanya paham apa yg kritikal sangat nk disimpan ke situ.Antara diy untuk Projek Makeover 'Kongsi Bahagia dari 'dumpster' yang masih dalam progress.Hanya dua bahan asas yg diguna iaitu bahan terpakai saja
1. Lekatkan tombol pada penutup botol guna hot glue.
2. Spray warna pilihan guna spraypaint. Kita guna jenama ni.
3. Spray botol guna spraypaint.
4. Tuliskan quote guna stencil dan pen marker Sharpie.
5. Lekatkan botol dengan penutup guna hotglue.
6. Tadaaa dah siap. Mudah je kan nak buat DIY ni.
7. Sesuai buat penyimpanan kerongsang, cotton bud dan macam-macam lagi di vanity area. Kalau nak lagi cantik, anda boleh jadikan botol ini sebagai tempat perhiasan di ruang tamu anda.
Sekiranya ada lagi tips DIY yang dikongsikan oleh akak Norpadilah ini, min akan kongsikan kepada anda supaya dapat menjadi inspirasi kepada para pembaca untuk lebih bersemangat melakukan aktiviti ini bersama keluarga.
Itu saja perkongsian daripada min. Semoga perkongsian pada kali ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.
Mesti anda akan tertanya-tanya kenapa mak-mak suka sangat simpan kulit telur yang tak digunakan lagi. Haa sekiranya anda masih ragu ragu apakah kepentingan kulit telur ini kepada tumbuh tumbuhan. Untuk pengetahuan anda, kulir telur sangat kaya dengan kalsium yang berubah menjadi kalsium karbonat dan berfungsi meningkatkan pertumbuhan tanaman. Selain itu juga, kajian ada menunjukkan kalsium dari kulit telur boleh mengurangkan keasidan tanah dan menjadikannya medium yang baik untuk pertumbuhan optimum bagi tanaman. Perkongsian kali ini adalah mengenai transformasi kulit telur kepada baja pokok bunga.
Kali ni, min ingin kongsikan kepada anda cara-cara untuk DIY baja pokok bunga dengan mengggunakan kulit telur dan serbuk kopi sahaja. Perkongsian ini telah dikongsikan oleh Puan Emi Zurayni Lot dan telah mendapat perkongsian sebanyak 2.8k di akaun Facebook miliknya. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian darinya.
Jangan Buang Kulit Telur Kerana Banyak Khasiat Untuk Pokok Kita.
Saya mula mengumpul kulit telur selepas saya membaca satu artikel mengenai kulit telur digunakan sebagai baja tumbuh-tumbuhan yang berkesan.
Ianya boleh digunakan sebagai baja dan juga sebagai kawalan perosak organik. Saya menggunakan kulit telur dihancurkan dan dicampurkan dengan serbuk kopi terpakai.
1. Kulit telur perlu lah dibasuh terlebih dahulu dan keringkan kulit tersebut sehingga kering sepenuhnya.
2. Tumbuk kulit telur tersebut dengan menggunakan batu lesung.
3. Seterusnya, campurkan kulit telur yang sudah hancur itu dengan serbuk kopi ke dalam satu bekas kosong.
4. Letakkan ke dalam bekas yang sesuai.
5. Dah siap kacau sehingga sebati, masukkan baja tersebut ke dalam botol khas untuk diletakkan baja tersebut.
6. Akhir sekali, anda boleh taburkan serbut yang sudah diproses tadi ke dalam kawasan sekeliling pokok bunga mahupun di sekeliling sayur sayuran di kediaman rumah anda.
Selamat mencuba. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.
Anda pernah dengar tentang kuali legend ? Kuali legend ini biasanya terjadi apabila terdapat kerak hitam di bawah permukaan kuali tersebut. Min yakin setiap kaum ibu sudah pasti akan mempunyai kuali legend ni di rumah masing-masing. Pada asalnya kuali ini kelihatan cantik berkilat lagi. Namun begitu setelah kerap menggunakannya, kuali yang asalnya cantik tersebut bertukar kepada bentuk hitam legam dan tak elok untuk anda gunakan. Perkongsian hari ini adalah mengenai penggunaan kuali hitam boleh bawa mudarat?
Menerusi perkongsian daripada Dr Fatimah Salim di dalam laman Facebook miliknya, periuk ataupun kuali yang telahpun bertukar warna hitam adalah berbahaya untuk digunakan dan mampu mendatangkan mudarat kepada kesihatan anda. Jom kita lihat penjelasan dari Dr Fatimah Salim.
Ramai yang mungkin tidak kisah dengan keadaan kuali atau periuk yang hitam legam. Legend katanya.
Tahukah anda peralatan memasak sebegini berbahaya?YA. Lapisan hitam ini sebenarnya terbentuk daripada mendakan bahan masakan dan minyak yang terhangus dan dibiarkan lama sebati tanpa disental atau dikikis.
Lapisan ini berpotensi menyebabkan kanser kerana ianya mengandungi bahan-bahan kimia seperti polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs), heterocyclic amines (HCAs) acrylamide dan furans. Bahan-bahan kimia ini akan bercampur dalam masakan kita setiap hari yang kita hidangkan kepada anak-anak.
Pernah kah anda merasakan bosan dengan reka bentuk rumah yang sama je tanpa perubahan apa-apa pun. Sebenarnya bukan kita taknak berhias ruang tamu kita tu, tetapi ketandusan idea telah menyebabkan niat dan usaha kita untuk mendekorasi rumah menjadi terbantut. Perkongsian kali ini adalah dari Lang Abdullah. Perkongsiannya adalah mengenai tips permulaan dekorasi rumah.
Jangan bimbang kerana min sedia untuk membantu masalah yang anda hadapi ini dan semestinya tujuan artikel ini ditulis adalah untuk membantu anda di luar sana yang tengah mengalami masalah hendak memulakan dekorasi rumah anda. Jom kita sama-sama ikuti tips-tips yang berguna ini.
1. Buat checklist apa barang yang masih boleh di pakai dan barang yang harus di buang atau dijual.
2. Catatkan perbelanjaan agar tidak melebihi bajet yang ditetapkan. Perkara ini dibuat supaya untuk menjimatkan wang anda pada masa akan datang.
3. Cuba lakar susun atur perabut mengikut kesesuaian ruang yang ada. Anda boleh rujuk gambar di bawah bagaimana cara susun atur perabut supaya kelihatan lebih berseri-seri.
4. Kenal pasti tema dan konsep yang bersesuaian dengan perabut asal dan juga size ruang anda.
5. Pilih warna yang bersesuaian dengan tema dan size ruang. Limitkan satu warna untuk feature wall dan satu warna cerah utk non feature wall.
6. Pelbagaikan teknik mengecat yang boleh diaplikasikan pada dinding utana seperti wall art mahupun cat dengan kesan wallpaper.
7. Pilih aksesori lembut seperti bantal fan permaidani yang boleh mengimbangi ruang dan melembutkan suasana ruang anda.
8. Pelbagaikan ruang penyimpanan yang lebih praktikal seperti rak dinding, rak pelbagai guna untuk ruang yang terhad.
9. Sentiasa bermain dengan susun atur utk memberi mood yang berbeza tetapi haruslah praktikal dengan susun atur tersebut.
Untuk memberikan anda lebih banyak idea untuk mendekorasi rumah, min akan kongsikan beberapa idea reka bentuk ruang tamu daripada Lang Abdullah ini.
Woww sungguh kreatif dan cantik je tengok rumah ni selepas siap dekorasi. Min pun rasa macam nak start deko rumah min jugak laa nanti.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.
Antara perkara yang boleh menyakitkan mata kita adalah apabila melihat sesuatu barang yang kita susun tidak kemas. Dengan erti lain apabila setiap sudut tempat kita sudah susun dengan sempurna namun apabila melihat kepada wayar tv mahupun wayar elektronik yang terlalu berselirat boleh membuatkan kita tidak akan berpuas hati dengan cara kita menyusun barang. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara atasi wayar yang berselirat.
Selagi kita tak puas hati dengan masalah wayar yang berselirat tu, selagi tu laa kita akan tersekat daripada membuat kerja-kerja yang lain. Bagi mengatasi masalah yang tidak diingini ini, min ingin kongsikan kepada anda tips yang berguna ini.
Tips ini telah dikongsikan oleh Khalidah Khairizam menerusi Group Facebook #kemasrumahwithhani. Diharapkan dengan adanya tips ini, ianya dapat mengurangkan masalah yang dihadapi.
1. Buat anda yang masih tidak tahu, panel yang berwarna hitam itu adalah Pengurusan Kabel manakala pek kecil yang berwarna putih tu adalah Cable Clip.
2. Ni yang Wire Organizer tadi, lekat pki 3M belakang die ke kabinet. Then masukkan semua Cable ke dalam ni. Penutup depan dia tu boleh slide untuk bukak.
3. Ini yang pek warna putih tu, lagi kemas kalau pakai wire rack tadi, tapi sebab nak jimat bajet, kabel-kabel nipis pakai yang ni je.
4. Ni keadaan extension. Anda boleh guna double sided tape jenama 3M untuk lekatkan.
Tadaa dah pun siap, sekejap je kan nak selesaikan masalah ni. Lepas ni, tiada lagi masalah wayar yang berselirat kembali menghantui diri anda. Banyakkan beza apabila anda tengok gambar sebelum dan selepas.
Buat anda yang tertanya tanya di mana nak membeli Cable Management dan Cable Clip tu, min ada sertakan link serta gambar di bawah untuk panduan anda.
Sila tekan Link ini untuk membeli.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.
Selamat mencuba.
Bila disebut je tentang hiasan Wainscoting di rumah anda, sudah pasti anda akan terbayang satu reka bentuk hiasan dalaman rumah yang sangat cantik dek persis sebuah rumah mewah. Lebih-lebih lagi kos untuk membuat wainscoting ini tersangatlah jimat dan memudahkan, namun ianya memberikan kesan cantik pada hiasan dalaman rumah anda.
Selain itu, barang untuk membuat projek ini mudah untuk didapati di mana-mana kedai DIY ataupun kedai Hardware yang berdekatan dengan rumah anda. Sekiranya anda masih tidak tahu bagaimana nak membuat projek Wainsctoing Double Frame" ini dengan senang? Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada Pembekal Kayu Wainscoting ini.
1) Kayu wainscoting (3pattern. 1 utk chair rail, 2 untuk frame)
2) Gam kayu x-bond
3) Latex sealant
4) Masking tape
5) cat
- jotun majestic putih
- jotun majestic turquoise kod 6084
1. Ukur keluasan dinding, rangka kedudukan kotak frame (bingkai frame) yang diperlukan.
2. Ruang antara setiap bingkai frame antara 4-5 inci shj. (*Gap jgn terlalu besar, tak cantik).
3. Pilih saiz kayu yang bersesuaian.
Kredit : Pembekal Kayu Wainscoting
Bila sebut saja tentang bilik tidur, sudah pasti kita akan terbayang bilik tidur yang mewah ala-ala istana diraja. Namun begitu jangan anda ingat untuk ada bilik tidur yang mewah, anda perlu ada saiz bilik yang luas dulu. Sebenarnya anda tersilap sangka. Hal ini kerana bilik tidur yang kecil jugak mampu untuk dihiaskan menjadi bilik tidur yang mewah. Sama persis seperti di hotel 5 bintang tau. Perkongsian kali ini adalah dari Aircrag Marikit. Perkongsiannya adalah mengenai makeover bilik tidur ruang sempit .
Anda mungkin boleh ikuti idea daripada Aircrag Marikit ini di mana dia ada berkongsikan dekorasi sebuah bilik tidur yang hanya saiz 8 kaki x 8 kaki sahaja. Min yakin apabila anda tengok gambar-gambar yang min kongsikan ini, semangat anda yang pudar sebelum ni sudah pasti akan meningkat kembali. Jom kita sama-sama ikuti makeover yang dilakukan oleh Aircrag Marikit ini.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini.
Ini adalah keadaan bilik hiasan semasa proses ubahsuai dilakukan dengan konsep dan gaya mewah.
Ini adalah keadaan almari kabinet katil sebelum diubahsuai dengan gaya baru.
Keadaan katil bawah sebelum diubahsuai dengan konsep baru
Ini adalah keadaan katil dua tingkat selepas diubahsuai dengan konsep mewah. Cantik bukan?
Ini adalah keadaan tempat bawah katil. Siap ada sofa lagi tu. Memang sesuai dekorasi jenis ini untuk bilik jenis sempit.
Ini pula keadaan almari kabinet selepas dibahsuai dengan konsep dan gaya baru. Cantik betul.
Itu sahaja perkongsian yang dapat dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda. Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana. Selamat mencuba.
Setiap masa kita sudah pasti akan menggunakan mesin basuh untuk mencuci pakaian keluarga kita. Lebih-lebih lagi apabila tibanya musim tengkujuh ini, sudah pasti kita akan lebih banyak menggunakan mesih basuh untuk membasuh pakaian yang basah. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara untuk bersihkan mesin basuh sampai berkilat.
Walaupun begitu, apabila tersangat kerap digunakan, sudah pasti mesin basuh tersebut akan menjadi berkeladak dengan air kotoran yang hitam serta sisa-sisa kotoran dari mesin tersebut.
Jangan risau kerana setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Perkongsian daripada Khairul Abdullah ini boleh dijadikan panduan bagaimana ingin cuci mesin basuh dengan mudah, cepat dan paling penting menjimatkan. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripadanya.
Saya cuci mesin basuh ni setiap 2-3 minggu sekali.
1. Masukkan setengah cawan baking soda ke dalam tub/drum, dan masukkan 1 cawan cuka ke dalam bahagian sabun pencuci tu. Set “clean tub” kalau ada atau set pada basuhan yang paling lama sekali.
Kalau mesin yang ada setting air panas maka set air paling panas, dan biarlah dia berpusing-pusing tanpa kain baju dalam tu. Dah siap basuh buka penutup dan biarkan.
2. Kalau ada bleach klorox tu boleh buat satu round lagi. Masukkan setengah cawan bleach dalam tempat sabun tu dan basuh dengan air panas atau set basuhan yang paling singkat dan biarkan.
Artikel berkait :
Setiap rumah tidak kira kaya atau miskin, pasti akan ada satu ruang untuk meletakkan meja makan. Meja makan ini berfungsi untuk sekeluarga makan disatu tempat. Namun, dekorasi untuk meja makan itu antara salah satu yang paling penting didalam hiasan rumah anda. Perkongsian kali ini adalah mengenai 16 idea dekorasi ruang makan cantik dan elegant. Apa yang menarik untuk perkongsian kali ini adalah mengenai meja makan yang dekorasi dengan cantik dan kemas mampu untuk membuatkan anda dan kelaurga berasa selesa apabila makan bersama-sama. Mana tidaknya, dengan memiliki meja yang cantik juga dapat menyerikan dan mencatikkan lagi dekorasi rumah anda.
Jika dekorasi tersebut menitikberatkan ciri-ciri meja makan yang simple namun ianya tersangat elegant. Ia mampu membuatkan ruang makan tersebut kelihatan seperti mewah dan luas. Bukan sahaja mewah dan luas, namun membuat para tetamu tergamam apabila melihatnya.
Hari ini Giler Deco ingin memaparkan beberapa keping gambar idea dekorasi ruang makan yang pastinya menerapkan unsur dekorasi masa kini. Berikut adalah perkongsian yang ingin dikongsi pada kali ini. Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang menarik ini.
[foogallery id="5663"]
Stail abad masa kini amat menitik beratkan kecantikan dalaman rumah yang sentiasa mendapat tempat di hati para pengguna. Lebih-lebih lagi buat meja makan merupakan tempat yang sentiasa kita lepak bersama ahli keluarga untuk santapan minum petang mahupan makan malam.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco pada perkongsian kali ini. Diharap dengan perkongsian kali ini dapat membantu anda dalam memilih dekorasi yang sesuai untuk anda. Pemilihan meja makan sangat penting untuk memastikan anda dapat makan dan berada dalam keadaan yang selesa dan ceria.
Sudah menjadi kebiasaan apabila kita mendengar nama wanita ini iaitu Puan Norpadilah binti Afandi dalam bidang Do It Yourself (DIY). Hal ini kerana sudah banyak barang yang sudah di DIY oleh beliau dan barangan tersebut sangatlah kreatif kerana tak terpikik dek akal untuk kita membuatkannya. Perkongsian pada kali ini adalah mengenai diy globe terpakai jadikan bekas hiasan.
Terkini, beliau ada berkongsikan cara-cara untuk DIY globe terpakai daripada sebiji globe kepada 4 barangan keperluan dapur dan dekorasi rumah. Perkongsian ini telah dikongsikan menerusi laman media sosial Facebook Page Giler Deco.
Antara 4 barangan yang telah di DIY dari globe terpakai oleh beliau adalah tempat untuk dijadikan bekas tisu, tapak frame gambar, bekas makanan ringan, tempat untuk menggantung pasu. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada Puan Norpadilah.
Salam PKPB
Sharing kita kali ni, tentang globe kita yang bertukar jadi bebola sakti. Kreatif sangat anak cucu kita. Tak puas tengok peta pusing-pusing dibukak. Dibentang pulak ke lantai kasik rata. Dari sebiji globe ni kita buat beberapa diy untuk repurposed kepada barang keperluan dapur dan dekorasi.
1. Tissue holder2. Tapak frame gambar3. Bekas makanan ringan4. Pasu gantungHappy Diy Crafter!
Langkah-Langkah DIY Semula Globe Terpakai :
1. Untuk membuat projek ni, anda semestinya memerlukan globe yang tidak digunakan lagi.
2. Buka globe seperti ini. Ada 3 item untuk dilakukan semula.
3. Pemegang globe kita pasangkan skru hook macam ni. Masukkan wall plug dalam lubang pemegang, adjust sikit untuk bagi muat.
4. Lepas dah siap pasangkan skru pada hook tersebut, anda boleh meletakkan tisu pada canguk pemegang globe ini dan sudah siap.
5. Untuk membuat tapak frame pula, pasangkan ice cream stick pada tapak globe tersebut dan lekatkan frame gambar dengan hotglue.
6. Potong globe tersebut menjadi separuh menggunakan pemotong seperti ini.
7. Lapiskan globe tersebut dengan kain guni. Untuk lapiskannya, anda disarankan untuk guna hotglue gun supaya tahan lama.
8. Campurkan dia dengan kaki sofa lama kita, buat bekas jajan dekat dapur.
9. Lagi sebelah globe kita pasangkan chain, buat pasu gantung. Sangat cantik tau.
Sekiranya anda mengingikan lagi perkongsian yang menarik daripada kami, anda boleh ikuti kami di Facebook page Giler Deco ataupun ke Facebook Group Giler Deco.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.
Bagi kaum wanita terutamanya kepada emak sudah pasti menginginkan barangan di dapur mereka sudah cukup lengkap dengan pelbagai barang agar ianya dapat memudahkan gerak kerja mereka sepanjang di dapur. Malah mood mereka di dapur pula akan lebih ceria berbanding sebelum ni.
Seperti yang diketahui di mana telah berlangsungnya jualan murah di beberapa platform beli belah dalam talian yang menjadi popular kerana harga yang ditawarkan tersangatlah murah. Jadi di sini, min nak kongsikan kepada anda beberapa barangan keperluan dapur yang sebawah RM30 sahaja.
Menurut perkongsian daripada pengguna media sosial Twitter, zira adam telah berkongsi 10 barangan keperluan dapur yang perlu dibeli. Jom kita ikuti perkongsian daripadanya.
1. Oil Filter@Penapis Minyak - RM29.90(Masa Offer)
Sangat berguna dan berfungsi dengan baik terutamanya apabila anda ingin menggunakan lebihan minyak yang hanya sekali digunakan. Bekas penapis ini boleh tapis serdak minyak sehingga bersih.
2. Foldable Dish Rack
Dish Rack ini amatlah sesuai bagi mereka yang tinggal berdua. Selepas basuh, anda kena biarkannya kering dan selepas itu susun balik ke dalam kabinet tersebut. Yang menariknya tentang Rak Pinggan ini adalah ianya boleh lipat lantas menjimatkan banyak ruang di sinki.
3. Foldable cutting board
Papan pemotong ini dikhaskan untuk memotong buah dan sayur saja. Lepas potong tu, anda boleh jadikan papan ini sebagai besen siap ada lubang lagi untuk membuang air basuhan.
4. Silicone Lid Cover
Bagi barang ini pula, anda boleh tutup lauk-pauk di atas meja tanpa menggunakan tudung saji pun. Tambahan pula, bekas ni adalah bekas kedap udara.
5. Slicer
Peralatan dapur ini sesuai untuk memasak kentang secara halus. Anda juga boleh menggunakannya untuk sayur-sayuran yang lain. Walaupun anda sagat sekuat mungkin, namun ianya tidak akan terkena tangan anda. Ini kerana peralatan dapur ini telah menyediakan tempat untuk dicucuk.
6. Whisk mixer egg
Alat ini digunakan untuk kacau telur sehingga sebati dan ianya sangat berguna tanpa menggunakan garfu ataupun sudu.
7. Meat/vege grinder
Bagi anda yang tidak mempunyai lesung batu di rumah, pengisar ini sangatlah berguna dan kegunaannya sama seperti lesung batu.
8. Kitchen Rack
Rak dapur ini dibeli yang mempunyai 4 tier. Rak dapur mudah alih ini mempunyai roda lantas boleh letakkannya di mana-mana saja.
9. Kitchen organizer under sink
Barangan dapur ini di simpan di bawah sinki. Selain itu, ianya juga boleh dikembangkan.
10. Soap Dispenser
Alat ini berfungsi sebagai mampu menjimatkan pencuci pinggan mangkuk sehingga dua bulan kegunaannya.
Sekian saja perkongsian daripada min. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.
Selamat Membeli ^-^.
Apabila terdapat makanan yang manis tertumpah di lantai atau meja makan, sering kali haiwan semut ini akan terus membawa ahli tentera mereka untuk terus berkerumun di tempat yang tumpah dengan makanan manis. Sudah pasti cara yang paling senang adalah dengan menyembur racun serangga di kawasan tersebut, namun begitu ianya amat bahaya apabila kawasan dapur merupakan kawasan tumpuan bagi anak-anak kita.
Nak letak racun yang biji putih pun amatlah merbahaya kerana apabila ada anak-anak yang masih kecil, sudah pasti mereka akan tertanya-tanya apakah benda tersebut lantas membuatkan mereka ingin tahu lalu memasukkan benda itu ke dalam mulut mereka yang sudah pasti akan mendatangkan bahaya pada diri anak kecil.
Tanpa membuangkan masa anda, min nak kongsikan kepada anda beberapa petua menghalang semut daripada terus berkerumun di dalam kawasan rumah anda. Petua yang dikongsikan ini tidaklah begitu susah untuk dipraktikkan kerana ianya hanya menggunakan barangan yang sudah ada di rumah kita. Jom kita ikuti petua menghalang semut ini.
1. Soda Bikarbonat
Anda hanya perlu tabur je serbuk soda bikarbonat kat tempat yang anda tak nak semut datang. Disebabkan bau dari soda bikarbonat tu akan mengganggu deria bau semut, semut tu takkan datang dah.
2. Cuka
Cuka putih ni salah satu petua yang sangat berkesan sebab semut paling pantang dengan baunye yang kuat, dan kandungan cuka yang berasid tu.
Larutkan cuka dalam air, pastu masukkan dalam botol yang boleh spray tu. Dah siap, sembur je kat mana-mana pintu masuk atau tempat selalu ade semut.
Ulang beberape kali lepas semburan tu dah kering, dan kesannye boleh nampak dalam beberape hari.
3. Daun Sirih
Semut sememangnya tidak suka dengan bau daun sirih. Potong kecik-kecik beberape daun sirih, pastu tabur kat laluan semut atau tempat dorang berkerumun. Bila dah bau daun sirih ni, gerenti semut akan pegi main jauh-jauh.
4. Serbuk Kopi atau Biji Kopi
Bagi serbuk kopi, kena pastikan guna serbuk kopi yang asli, sebab baunya yang kuat boleh menghalau semut dari menghurung makanan yang ade kat rumah korang.
Caranye, ambik sedikit serbuk kopi lepastu letak kat tempat laluan masuk semut. Biarkan saja serbuk tu kat situ beberape hari dan anda akan perasan yang semut tak pergi lagi kat kawasan tu.
5. Limau Nipis
Perah limau nipis pade laluan semut untuk mengacau deria bau dorang. Perahan jus limau nipis pun dapat jugak membunuh semut, dan sambil tu, rumah korang pun bau segar je. Masalah semut hilang, malahan aroma dalam rumah pun lebih harum dan wangi.
6. Kulit Telur
Lepas dah pecahkan telur ayam, jangan buang kulit nyer sebab boleh gune untuk halau semut. Caranye senang je, hancurkan kulit telur pastu bakar sampai jadi abu. Abu tu gune untuk tabur pade tempat semut selalu berkerumun, laluan semut, atau nak tabur terus pade sarang semut pun boleh.
Haa senang je kan petua yang min kongsikan ni. Usah lagi pening kepala nak upah pakar penyembur serangga lagi. Apa kata kita buat sendiri je lebih-lebih lagi min pun dah kongsikan petua yang menarik ni. Selamat mencuba.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.
Kredit : propertyguru
Sudah menjadi kebiasaan apabila setiap peralatan di rumah kita akan balutkannya dengan kertas dinding. Antara kawasan yang menjadi tumpuan untuk dibalut kertas dinding adalah di kawasan ruangan dapur seperti di peti sejuk dan microwave. Ianya bertujuan untuk mencatikkan peralatan tersebut serta mampu menyembunyikan kesan kotoran pada peralatan elektrik tersebut. Adakah tampal wallpaper pada peralatan elektrik risiko kebakaran? Jom ikutinya.
Walaupun ianya kelihatan sangat cantik, namun begitu ada bahaya yang menanti. Nyawa anda dan keluarga anda sekiranya anda masih tidak cakna tentang perkara ini. Elakkan tampal kertas pada peralatan eletrik.
Amalan menampal kertas dinding pada peralatan elektrik sebenarnya mampu mengundang bahaya. Ia adalah kerana bahan kertas dinding tersebut diperbuat daripada bahan yang mudah terbakar.
Perkara ini telahpun dikongsikan oleh Public Health Malaysia di laman sosial Facebook ada berkongsikan posting menasihati netizen untuk elakkan tampal kertas dinding pada peralatan elektrik. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian tersebut.
Selain daripada kertas dinding, bahan-bahan yang mudah terbakar juga perlu dielakkan seperti langsir, ropol, bunga hiasan dan wallpaper perlu dielakkan dari diletakkan berhampiran dengan dapur. Begitu juga dengan peralatan elektrik seperti peti ais. Peti ais tidak perlu dipakaikan tudung, tidak perlu dilapik dan dibungkus dengan wallpaper.
Wallpaper kedai ECO dan DIY memang murah, tetapi membungkus peti ais dan barang elektrik akan menyebabkan haba dari barang elektrik tidak dapat dibebaskan dengan berkesan.
Selain meningkatkan risiko kebakaran ianya juga akan menyebabkan keberkesanan barang elektrik akan berkurangan, meningkatkan penggunaan elektrik dan memendekkan jangka hayat barangan elektrik.
Oleh itu, sebelum berlaku dengan perkara-perkara yang tidak diingini, lebih baik kita mengelakkan daripada melakukan perkara sebegini. Ini sesuai dengan pepatah Melayu iaitu "Sediakan payung sebelum hujan". Renung-renungkanlah.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.
Pernah tak pada satu ketika perut anda berasa memulas yang teramat sangat ? Hal ini disebabkan makanan yang dimakan tidak dicuci dengan bersih sebelum dimasak.
Buat pengetahuan anda, papan pemotong merupakan alatan dapur yang sangat senang untuk kotor. Permukaannya yang tidak ditutup membuatkan ianya mudah terdedah dengan persekitaran yang tidak bersih. Malahan pula papan pemotong sangat mudah untuk bakteria-bakteria kotor berkumpul.
Buat anda yang sentiasa membasuh serta menyental papan ini, saya yakin ianya akan membuatkan anda semakin lenguh untuk membersihkannya setiap kali lepas selesai guna.
Seorang wanita yang dikenali sebagai Puan Fatimah Salim berkongsikan beberapa tips penting membersihkan papan pemotong tersebut dengan lebih mudah dan cepat. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripadanya.
Tahukah anda, papan pemotong merupakan alat penggunaan dapur yang paling kotor?!Jika tidak dibersihkan dengan betul dan kerap, ianya boleh menjadi ‘sarang’ kepada beribu jenis kuman.
Langkah-Langkah :
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.
Kredit : Fatimah Salim
Pada saat negara dilanda wabak pandemik coronavirus (Covid-19) serta musim tengkujuh yang hampir tiba ini, sudah pasti bekalan ubat merupakan salah satu bekalan yang sukar untuk ada di dalam rumah kita. Lebihan pula Pihak Kerajaan telahpun melaksanakan Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat(PKPB) membuatkan pergerakan ke klinik ataupun hospital akan terbatas. Perkongsian kali ini adalah mengenai tips mudah simpan ubat dirumah ikut kategori.
Justeru itu, min nak kongsikan kepada anda beberapa tip penting dalam pengurusan ubat-ubatan di rumah anda agar stok ubat di rumah anda tidak akan terputus serta memudahkan proses pencarian ubat apabila perlu. Tips ini telah dikongsikan daripada Puan Hani Mynis. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau.
Jom sama-sama kita saksikan tips yang menarik ini.
1. Sediakan atau khaskan satu ruang dalam kabinet atau laci khas untuk penyimpanan ubat.
2. Anda disarankan untuk menggunakan bekas yang lutsinar. Hal ini untuk memudahkan anda untuk melihat jenis ubat yang anda perlu makan.
3. Simpan ubat ke dalam bekas mengitkut kategori ataupun jenis-jenis ubat seperti yang dilakukan oleh Puan Hani di mana beliau menyusun ubat-ubatannya mengikut 9 kategori ubat.
Selain itu, anda perlu menyediakan sekurang kurangnya tiga bekas ubatan lagi iaitu.
4. Labelkan setiap bekas. Anda diwajibkan untuk melabel setiap bekas tersebut.
5. Keluarkan ubat dari kotak yg besar supaya mudah disimpan serta menjimatkan ruang.
Sebelum buang kotak ubat, pastikan maklumat penting ada juga tertulis pada ubat. Kalau dalam kotak ada brochure yg penting, boleh simpan dalam fail medical untuk dirujuk sampai bila-bila.
6. Bagi ubat yang berbentuk pil bolehlah disimpan dalam pill box.
Anda disarankan untuk ubat pil tersebut dari packaging tersebut. Untuk ubat yg sekali makan 2 biji (contoh panadol) boleh dipotong dua-dua. Untuk ubat yg lambat habis (contoh ponstan, ubat tahan sakit, jarang makan), tulis tarikh expired kat setiap pill (selalu kat papan pill tu ada tulis expired date).
Info Tambahan :
Hanya ubat tertertu sahaja boleh disimpan dalam peti ais. Contohnya : ubat diarah bancuh sendiri seperti ubat antibiotik, insulin. Ubat berbentuk sirap yang sudah sedia dibancuh jangan disimpan dalam peti ais ya contoh nya ubat batuk atau ubat demam anak kerana ianya akan menyebabkan ubat tersebut cepat rosak.
Sekian saja perkongsian daripada min. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.
Buat anda yang masih tercari-cari idea nak design bilik tidur anak anda agar mereka lebih suka tidur di bilik tidur mereka daripada tidur di bilik ibu bapa mereka. Disini ingin kongsikan beberapa tip penting bagi para ibu bapa yang berkeinginan untuk menghiasi bilik tidur anak-anak mereka. Mungkin selepas ini, anak-anak anda akan lebih gemar untuk tidur dalam bilik sendiri berbanding tidur bersama ibu bapa. Perkongsian kali ini adalah mengenai 5 tips mudah design bilik tidur anak kecil.
Tips ini dikongsikan oleh Ben Firdaus Azraai di mana beliau ada berkongsikan beberapa tip yang menarik untuk diikuti. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripadanya.
Selamat mencuba dan Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.
Sudah pasti kita sentiasa terdengan ayat melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mereka memupuk minat anak-anak membaca sejak dari kecil lagi.
Untuk memupuk minat mereka, kita hendaklah menyediakan satu ruangan membaca yang dikhaskan di satu sudut yang luas.
Selain itu, dengan adanya ruangan membaca ini turut menambahan keserian di kediaman rumah anda. Walau bagaimanapun, untuk membuat ruangan membaca ini, anda perlu ketahui beberapa tip penting atau tidak ruang membaca anda tidak akan kelihatan berseri-seri.
Menerusi perkongsian daripada Puan Khairunnisa Hamzah, beliau ada berkongsikan bagaimana tips untuk menyediakan mini perpustakaan di rumah anda. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripadanya.
1. Ruang
Kita boleh memilih mahu letakkan buku di ruang khas atau ia berada di sekeliling rumah. Untuk persendirian, boleh buat gua buku sendiri.
Jika berkeluarga atau mahu berkongsi dengan orang ramai, boleh letak di keliling rumah atau ruang publik.
Menyusun buku ikut kategori dan genre memudahkan proses pencarian. Jika saya, saya suka meletakkan kategori buku mengikut ruang.
Seperti buku masakan diletakkan di dapur. Buku kanak-kanak di bilik anak. Buku motivasi di sebelah katil sendiri dan sebagainya.
Boleh tempah khas atau buat sendiri rak buku mengikut kreativiti dan kemampuan. Hendak seribu daya.
Ada juga yang bina rak dari batu bata atau kayu terbuang. Nilainya bukan pada rak, tetapi pada buku yang dipelihara.
Letakkan perabot sokongan pada kawasan penyimpanan buku jika mahu aktiviti pembacaan berlaku di situ.
Seperti kerusi, sofa atau set meja kerusi. Paling tidak pun letakkan hamparan dan bantal.
Berikan pengudaraan dan pencahayaan yang baik demi kesihatan mata dan agar boleh berlama di situ. Tidak buang masa jika kita sedang membaca. Begitu juga dengan ahli keluarga.
Berikan warna yang terang dan lembut pada ruang membaca. Jika terlalu gelap, cepat mengantuk. Jika terlalu menonjol warna, menyebabkan rasa tidak selesa.
Kawal setiap buku yang masuk ke rumah. Pilih yang baik-baik saja. Kerana membawa masuk buku adalah sama erti membawa masuk pengaruh dan guru.
Hari Sabtu merupakan hari anda berehat daripada melakukan sebarang aktiviti pekerjaan. Namun begitu, apa kata sekiranya anda meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak anda dengan melakukan aktiviti yang berfaedah seperti mengajak mereka kemas rumah, memasak atau menolong anda DIY barang agar fikiran mereka makin kreatif.
Buat anda yang peminat bunga, artikel ini mungkin menarik minat anda untuk membuat DIY Wall Bouquet ini. Projek ini telah dikongsikan daripada Puan Norpadilah Binti Afandi, iaitu pakar DIY bagi farmhouse. Sudah banyak projek yang telah dilakukan oleh beliau dan projek-projek yang dibuat olehnya sangatlah cantik dan kreatif. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian beliau.
DIY Wall Bouquet .Wall bouquet idea ni paling mudah dan low cost untuk dicuba. Diy lama, tapi baru ada kesempatan untuk buat posting.Biasanya kita guna papan signage beli di kedai Ecoshop je, tp utk posting step by step ni kita guna blok frame dari pintu lama.
Langkah-Langkah melakukannya.
1. Potong separuh satu bahagian bakul yang dibeli di kedai Ecoshop.
2. Lekatkan skru di setiap penjuru bakul tersebut menggunakan drill untuk lebih senang.
3. Aksesori tambahan kain guni yang ditulis menggunakan marker pen Sharpie.
4. Seterusnya, gamkan kain guni tersebut menggunakan Hotglue gun.
5, Untuk penggantung, anda guna tali yg di staple mcm ni je.
6. Masukkan span bunga dan gubah bunga pilihan anda.
8. Versi aksesori tambahan, kepala paip.
Tadaaa, dah siapp. Mudah bukan nak buat DIY ni. Selamat mencuba.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca di luar sana.
Kredit : Norpadilah Binti Afandi
Sekiranya anda pernah atau sedang duduk di rumah yang mempunyai ruangan yang terhad, sudah pasti anda akan mengalami kesukaran untuk menyusun barangan perabot. Sekiranya anda tersalah meletakkan perabot ke ruang yang salah, sudah pasti ianya akan mengganggu pergerakan kita di rumah.
Oleh itu, penggunaan meja lipat atau pun lebih dikenali sebagai "Foldable Table" merupakan salah satu idea yang begitu praktikal. Kediaman Puan Farah Fauzana Ismail ini telah memberikan idea menarik dengan membuat sendiri DIY meja lipat dengan tujuan untuk memudahkan proses pembelajaran anak-anaknya.
Lebih menarik apabila beliau ada berkongsikan cara-cara untuk DIY meja lipat ini. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau.
1. Gambar di bawah merupakan meja asal anaknya.
2. Apa yang diperlukan hanyalah papan meja sahaja. Maka, anda perlu membuka dahulu segala jenis skru dan bracket yang ada di situ.
3. Alaskan permukaan meja tersebut dengan wallpaper kerana rupa asalnya yang tidak begitu sesuai untuk membuat hiasan.
Nota Tambahan : Bagi pemilihan wallpaper, ianya terpulang kepada kreativiti masing-masing dan disarankan untuk memilih wallpaper berwarna putih kerana ianya sukar untuk dibersihkan lebih-lebih lagi apabila anak-anak anda yang belajar di meja study tersebut.
4. Sekiranya anda tidak pasti bagaimana rupa adjustable bracket itu, anda boleh rujuk gambar di bawah. Adjustable bracket ini dijual sepasang dan harganya sekitar RM13.90 sahaja.
5. Seterusnya, pasang bracket tersebut di kedua dua bahagian belakang permukaan meja study.
6. Ukur dan tanda mengikut ketinggian serta keselesaan anak-anak anda. Selepas siap tanda, anda hanya perlu drill lubang dan pasang bracket ini di lubang yang sudah ditebuk.
Tadaa dah siapp.
Info Tambahan :
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca di luar sana. Selamat mencuba.
Kredit : Farah Fauzana Ismail
Sekiranya sebelum ni Giler Deco ada kongsikan bagaimana cara-cara untuk diy wainscoting di rumah anda. Namun kali ini Giler Deco mahu kongsikan beberapa tips penting yang anda perlu ikuti sekiranya anda inginkan wainscoting di rumah anda tahan lama dan tahan lasak.
Tips wainscoting ini adalah dari seorang yang berpengalaman dalam membuat wainscoting ini iaitu Puan Fairuz Ghani yang hanya DIY sendiri saja wainscoting di dalam rumahnya. Menerusi perkongsian daripadanya, beliau ada berkongsi beberapa tips penting dalam proses membuat wainscoting ini.
Jom kita sama-sama ikuti perkongsian beliau.
1) Ukur dinding yang nak buat.
2) Lukis design macam mana nak buat kat kertas n kira brp kaki estimate kayu nak pakai.
Gam ini ada dijual di kedai hardware
Code colour jotun majectic- 1030-70G.
Sealant ni guna untuk gap antara kayu dan dinding. Turut dijual di kedai hardware.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan kepada pembaca di luar sana.
Selamat mencuba.
Bila sebut je tentang bilik air, sudah pasti anda akan berfikir berkaitan bau yang kurang enak. Malah yang lebih buruk lagi, kotoran-kotoran tersebut terus melekat yang menghasilkan bau yang kurang enak di sekitar lubang tandas itu. Perkongsian pada kali ini adalah mengenai cara diy "toilet bomb" yang begitu senang dan menjimatkan.
Makin kuat kita sental, kotoran dan bau tersebut tetap tidak akan hilang. Untuk menyelesaikan masalah ini, Puan Suhaili Baharudin ada berkongsikan cara-cara untuk DIY "Toilet Bomb" bagi membersihkan serta memberikan bau yang mampu menghilangkan kesan bau busuk sebelum ini. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau.
Lubang toilet yang berkeladak menakutkan mata tu boleh dicuci semudah abc. Campakkan saja seketul selesai masalah. Jom buat.
Langkah-Langkah :
1. Campurkan Soda Bikarbonat dan Asid Citric. Gaul rata dan pastikan tak berketul.
2. Masukkan 1 sudu hydrogen paroxide. Jangan lebih.
3. Gaul lagi sampai anda dapat rupa yang sebegini. Tak berketul dan tak terlalu basah.
4. Masukkan dalam bekas acuan dan biarkan ia selama 4 jam.
5. Selepas 4 jam keluarkan dan isi lah dalam bekas comel.
6. Sekiranya anda hendak menggunakannya, anda hanya perlu mencampakkan saja seketuk ke dalam lubang tandas rumah dan masalah selama ini pun sudah selesai. Masalah tandas berkeladak pun serta merta akan hilang.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca di luar sana. Selamat mencuba.
Kredit : Suhaili Baharudin
Penyambung wayar ataupun lebih dikenali sebagai "Extension Wire" kini makin menjadi pilihan ramai serata dunia. Boleh dikatakan hampir setiap rumah mempunyai penyambung wayar ini. Perkongsian pada kali ini adalah mengenai kenali jenis soket dan extension untuk kegunaan rumah.
Benda ini menjadi pilihan orang ramai kerana ianya membolehkan untuk anda cas pelbagai peranti pada masa yang sama. Namun begitu, di setiap kelebihan itu pastinya ada kekurangan.
Anda tidak boleh sesuka hati menyambungkan banyak peranti ke satu plug yang sama kerana ianya boleh mendatangkan kesan yang bahaya buat anda serta kawasan rumah anda.
Saudara James Hukala ada memperincikan jenis soket dan penyambung wayar yang sesuai serta selamat untuk digunakan di rumah anda. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau.
Hari ni saya share tentang peralatan (wire penyambung atau adaptor.)
Untuk ibu bapa atau pengguna sila ambil perhatian.. share kat kawan kalau boleh..
1. Penyambung Wayar(Extension Wire)
Wayar ini sangat praktikal untuk digunakan di rumah. Mudah, senang dan murah, akan tetapi adakah anda tahu ianya sesuai dengan alat elektrik yang anda pakai. Wayar penyambung ini hanya boleh digunakan untuk kerja-kerja sementara ataupum kerja berpindah.
Tidak Sesuai Dalam Kegunaan :
Peti sejuk, alat penghawa dingin, oven , microwave , water heater.
Cara Yang Betul Untuk Menggunakannya :
2. 3 pin soket tambahan (3 pin Adaptor)
Benda ni juga hanya boleh digunakan untuk kerja-kerja sementara seperti Extension Wire.
Tidak Sesuai Dalam Kegunaan :
Tidak sesuai untuk Tv,radio, computer.peti sejuk dan lebih-lebih lagi peralatan elektronik digital.
Cara Yang Betul Untuk Menggunakannya :
Sebaik-baiknya anda disarankan untuk membeli adaptor kerana ianya seakan akan sama cuma ia dikawal oleh fuse serta cip elektronik didalamnya. Sekiranya berlaku kilat atau powersurge ( arus mengejut) fuse adaptor akan putus dan menyelamatkan peralatan elektrik.
Sekian saja perkongsian daripada min. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda di luar sana. Sayangilah nyawa keluarga anda.
Seperti yang diketahui ramai, penggunaan langsir amatlah penting sebagai penapis pandangan dari luar dan juga mampu menyerikan lagi kediaman anda dengan adanya langsir. Untuk jadikan langsir tersebut terurus dan terjaga dengan rapi, eyelet langsir sangatlah memainkan peranan yang penting untuk memastikan garis langsir tersebut dalam keadaan selari.
Buat pengetahuan anda, eyelet ataupun turut dikenali sebagai lelubang adalah gaya langsir moden yang dikatakan menjadi pilihan masa kini. Rumah-rumah yang dipasang eyelet langsir ini akan kelihatan lebih mewah dan elegen.
Menurut perkongsian daripada Cik Amy WD ini, beliau ada berkongsikan cara-cara untuk DIY rod eyelet langsir dengan cara mudah dan kos yang digunakan hanya sekitar RM50.00 sahaja. Murah sangat kan nak buat DIY ni. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada Cik Amy WD ini.
PKPB Selangor. Suami di Banting. Sorang2 kat umah. Maka tergantunglah langsir yang dah lama beli ni. DIY sendiri je jimat. Hasil kerja suami sendirian.
PVC pipe ni suami suruh kedai potong siap-siap. Jadi anda mesti ukur dulu lebar tingkap dan pintu. Sekaki RM1.00 . Dapatlah 28 kaki untuk semua tingkap dan pintu bilik.
Try dulu kat kedai. Haa dah cun camni baru proceed beli.
Anda dikehendaki untuk membeli cable tie sekali. Untuk lock atas skru tu nanti.
Pastikan drill lubang L bracket tu kemas-kemas sekiranya taknak rod tersebut tercabut. Untuk proses drill ni, anda boleh meminta pertolongan daripada encik suami kerana sekiranya anda tersalah tebuk lubang, ianya kelihatan tidak kemas.
Akhirnya sudah siap. Gambar di bawah merupakan ruang langsir di ruang tamu depan. Langsir tersebut anda boleh membelinya dekat shopee. Selamat mencuba
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca di luar sana.
Kredit : Cik Amy WD
Apabila pulang ke kampung halaman, barangan ini sering kali dilihat di ruangan dapur milik ibu ayah ataupun atuk dan nenek. Barang ini sangat penting di kalangan kaum perempuan kerana ianya berfungsi untuk menutup hidangan daripada terus dihinggapi lalat atau terkena habuk serta kotoran-kotoran dari persekitaran rumah. Haa anda pasti tertanya-tanya apakah barangan yang min tulis ni kan? Perkongsian kali ini adalah dari . Perkongsiannya adalah mengenai diy wall bouquet hanya guna tudung saji terpakai.
Untuk pengetahuan anda, barang yang min tulis itu adalah Tudung Saji. Pada zaman dulu, kegunaan tudung saji sangatlah meluas dan hampir setiap rumah yang kita melawat akan ada tudung saji ini kerana banyak kegunaan yang boleh dibuat. Namun, sejak akhir-akhir ini, tudung saji kian tidak mendapat tempat serta ramai yang sudah tidak menggunakan barangan tersebut di rumah masing-masing.
Walaupun begitu, tudung saji yang tidak digunakan itu janganlah dibuang kerana banyak kegunaan yang anda boleh buat sebagai tempat menyimpan barangan dapur. Selain itu, anda juga boleh men"DIY" menghasilkan tempat untuk menggantung bunga seperti yang telah dilakukan oleh Puan Norpadilah Binti Afandi ini. Sebelum ni min ada tulis berkaitan beliau yang berkongsikan cara untuk DIY dengan menggunakan tempurung kelapa sahaja. Kali ini pula beliau ada berkongsikan cara untuk DIY dengan menggunakan tudung saji pula. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau.
DIY Wall BouquetDari tudung saji terpakai.
Tudung saji ni usianya lebih kurang 8 tahun dah,berlubang sana sini. Kalau guna jugak memang buat cik lalat gelakkan kita je la nak buang mmg kita ni sejenis penyayang orgnyaUntuk menghargai jasa2 si saji ni kita abadikan dia di dinding polos kita...disitu dia as my humble creationStep by step di caption. Sekadar idea buat penuhkan dinding
HappyDIYCrafters
Pada musim kesihatan yang tidak menentu ini dengan kes covid-19 yang kian meningkat ini, lebih-lebih lagi di negeri Selangor dan Sabah yang giat melakukan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB).
Ibu bapa boleh lah merancang untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti yang menarik dan juga yang bermanfaat buat mereka seperti membuat projek DIY penyidai tuala, ajak mereka memasak dan pelbagai jenis aktiviti yang bermanfaat yang boleh dilakukan bersama-sama.
Seperti seorang bapa ini, Mohd Azrin Roselan, telah berkongsikan cara-cara untuk membuat DIY penyidai tuala dengan hanya menggunakan paip PVC saja dan hasil akhirnya sangat memuaskan kerana anak-anak beliau sudah boleh meletakkan kain tuala di tempat yang betul. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau.
Projek DIY hujung minggu buat rak sidai tuala. Sebelum ini penyidai tuala terlalu tinggi anak-anak tak sampai.Jadi mereka sidai asal boleh jer dengan gantung tuala di pintu. Kesannya pintu berkulat dan tuala mempunyai kesan tompok-tompok belapuk sebab tidak mendapat pengudaran yang baik dan tuala lambat kering. Pada 3 gambar akhir ada bonus diberikan untuk versi rak sidai tuala yang telah upgrade supaya lebih kukuh. AzrinRos Lepas ini tuala tidak belapuk lagi.
Rak sidai towel upgrade version. Penambah baikan untuk mengurangkan tekanan pada kaki rak.
Tambah T join pada kaki rak untuk mengurangkan tekanan beban.
Pasang palang pada kaki rak untuk kukuh dengan pasang T join dan paip 29".
Nota Tambahan :
Ramai yang bertanya samada rak sidai dari PVC ini kukuh atau tidak?Bergantung kepada beban dan ketebalan paip PVC yang digunakan.
Rak penyidai ini masih baik sehingga hari ini. Saya guna untuk kering dan anginkan tuala basah.
Selepas selesai saja mengikuti langkah-langkah tersebut dan ianya sudah pun siap. Sekiranya anda inginkan warna lain, anda boleh catkan ia dengan warna kegemaran anda.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca di luar sana.
Kredit : Mohd Azrin Roselan
Sekiranya anda ada ternampak buah kelapa yang sudah kering, anda disarankan untuk tidak membuangnya kerana banyak perkara yang anda boleh lakukan dengan buah kelapa tersebut. Sebagai contoh, anda boleh gunakan sabut kelapa dengan membuatkannya sebagai pasu bunga, tempat menggantung pokok "money plant" dan lain-lain. Perkongsian pada kali ini adalah mengenai cara diy walldecor underbudget simple dan kreatif
Antara insan yang giat melakukan DIY ialah Puan Norpadilah Binti Afandi. Nama beliau tidak lagi asing dalam kalangan peminat DIY ataupun peminat farmhouse. Manakan tidak, ada saje idea-idea kreatif beliau yang tidak terpikir dek akal.
Baru-baru ini beliau ada kongsikan idea untuk diy "walldecor underbudget". Iaitu tempat untuk menggantung bunga artificial dengan hanya menggunakan barang-barang terpakai sahaja.
Anda mungkin tertanya tanya apakah barang-barangan terpakai yang digunakan oleh puan Norpadilah ini? Haa kalau begitu apa kata kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau.
DIY Walldecor UnderbudgetAlhamdulillah. Menyempatkan diri harini untuk share diy walldecor ni. Super duper jimat.
1. Papan kek terpakai dan spray paint
2. Tanggalkan kertas pembalut papan, spray warna pilihan. Separuh sahaja.
3. Sabut kelapa dan chickenwire/mata punai
4. Ceraikan/siat sabut kelapa.
5. Susun sabut atas dawai dan lipat dua dawai untuk balut sabut.
6. Potong dawai ikut saiz separuh papan..lebihkan sikit dalam 2 inci.
7. Lipat di belakang papan, staple guna staplegun.
8. Siap mcm ni(Rujuk gambar di bawah).
9. Tebuk lubang bahagian tengah/atas papan.
10. Papan backdrop guna papan terpakai.
Inilah hasil yang sudah siap. Senang bukan nak buat papan gantung sabut kelapa ni dan yang paling penting bajet yang digunakan hanyalah rendah saja kerana hanya barangan terpakai yang diguna pakai.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.