Ruang tamu merupakan ruang yang paling utama di dalam rumah kita. Antara elemen yang sering kali menghiasi ruang tamu adalah sofa, artificial plant dan hiasan dinding. Namun tahukah anda bahawa gaya dan pemilihan warna juga sangat penting untuk menampakkan ruang tamu yang moden dan bersifat kontemporari seiring dengan peredaran zaman. Jom ikuti 10 idea dekorasi untuk ruang tamu moden dan cantik.
1. Ruang tamu moden berkonsepkan putih-krim
2. Ruang tamu berona terang dengan sofa berwarna tangerine
3. Ruang tamu moden dengan selingan rona biru
4. Ruang tamu moden dengan sofa keratan kecil
5. Ruang tamu moden dengan konsep elegant-rustic
6. Konsep black and white dengan perabot yang minimalis
7. Konsep monochrome dengan warna hitam dan putih
Sekian sahaja perkongsian kami pada kali ini. Semoga memberi manfaat dan membantu anda yang sedang mencari idea untuk ruang tamu yang moden. Anda juga boleh lihat lebih banyak idea, inspirasi dan perkongsian dekorasi rumah di sini.
Sumber foto: Spacejoy
Baru sempat nak deco rumah kecil kami. Tema living room lebih kepada warm and cozy dan kitchen kami pilih farmhouse.
Wanita yang berhijab sudah pasti mempunyai minat mengumpul koleksi tudung. Namun begitu, tudung-tudung yang terlalu banyak akan menimbulkan masalah untuk menyimpan koleksi tersebut terutamanya jika tidak mempunyai almari simpan tudung di rumah.
Pasti ramai kaki shopping tudung yang selalu mengalami masalah ini kan. Kepada para hijabis di luar sana yang ingin menyimpan tudung dengan kemas dan teratur, bolehlah cuba cara membuat almari simpan tudung seperti yang dikongsikan lelaki bernama Syafiq Abdul Hamid ini. Selain praktikal, barang-barang yang digunakan juga amat mudah didapati dan mesra poket.
Barang-barang yang digunakan:
DIY Almari Tudung Cara Bajet
Tolong adik buat almari tudung. Saiz paip PVC putih yang digunakan adalah 4 inchi.
Proses memaku dan gam kayu untuk dibentuk supaya menjadi sebuah almari.
Paip PVC dipotong rata dan digam secara tersusun mengikut ketinggian almari.
Inilah hasilnya setelah paip PVC yang telah digam dimasukkan ke dalam almari kayu. Nampak kemas dan kreatif je kan apabila tudung-tudung dimasukkan ke dalam almari. Dengan adanya almari simpan tudung yang praktikal macam ni, kini tiada lagi masalah tudung yang berselerak.
Semoga perkongsian Giler Deco pada kali ini bermanfaat buat para hijabis di luar sana!
Siapa sangka rumah berkonsepkan British Style sememangnya wujud di Malaysia. Dengan bertemakan warna black and white, rumah ini memberikan vibes elegan dan seolah-olah rumah ala-ala oversea.
Asri Meris Anthony dan pasangan yang juga merupakan penasihat dekorasi rumah berkongsi gambar kediaman mereka yang terletak di Tuaran, Sabah. Memang sangat cantik dan classy.
View depan rumah. Sebenarnya ruang depan ni agak limited, jadi kami cuba hidupkan ruang agak supaya nampak luas dengan menggunakan elemen putih pada pagar dan tiles supaya nampak lebih lapang dan luas.
Untuk info, pagar ini kami gunakan material prima plank dan bukan kayu. Kami gunakan besi sebagai tulang pagar ini supaya lebih kukuh dan tahan lama.
Bunga rose jepun ni sangat menghidupkan mood cozy dan English-look. Hari-hari boleh berangan macam kat taman gitu.
Ruang depan ini kami letak tiles supaya kurang berhabuk dan anak-anak boleh bermain dengan selesa.
Kehadiran pokok-pokok bunga ni sangat menghidupkan ruang taman. Nampak redup dan mood sejuk sentiasa.
Ramai tanya Ini pokok bunga apa, sebenarnya ini pokok bunga Petunia. Memang agak leceh untuk jaga sebab kena sentiasa bagi air dan matahari yang cukup. Cuma pantang jangan bagi kena air hujan. Jadi, kena rajin lah belek-belek dia ni hehehe.. Alhamdulillah dah hampir setahun jaga masih hidup subur.
Ini bahagian pintu depan. Pokok tu pokok betul tau,bukan pokok tipu-tipu hehehe.
Wood swing ni kami DIY sendiri. inspired dari pinterest. Jangan tanya beli kt mana.. hehehe
Main hall bahagian bawah. Ruang santai dengan fireplace.
Ini tingkap tepi meja makan. Sambil-sambil makan sambil layan pemandangan taman.. tak terasa tambah nasi 2 pinggan.. hahaha
Ini ruangan pantry. Tempat simpan semua makanan kering dan stok barang keperluan harian. Sebagai contoh ubat-ubat dan lain-lain.
Ruang dining yang menghadap ruang taman secoet. Sebab tu kena buat pagar tepi tu supaya ada sedikit privacy tapi still enjoy the view.
Ruang laundry.. Walaupun hanya sekangkang nyamuk tapi kami cuba untuk nampakkan ruang ni functional dengan menggunakan elemen putih dan neutral colour supaya nampak lebih luas.
Bilik kucing. Senang ada toilet automatic ni, tak payah cuci poopoo hari-hari hehe. Sangat-sangat membantu dan sentiasa bau wangi.
Ruang kolam nan seketoi.. saja bagi mood sejuk & bunyi air.. Anak-anak pun memang suka berendam dalam kolam.. So buatlah seketul ala-ala hotel mewah versi kampung.. hehehe
View malam dari hadapan rumah
Memang cantik sangat kan kediaman beliau. Sekiranya anda sukakan perkongsian Giler Deco pada kali ini bermanfaat.
Sumber: Asri Meris Anthony
Sarung sofa uzur, koyak atau lusuh memang menyakitkan mata memandang. Hendak beli sofa baharu tapi mengenangkan kos sofa baharu yang mahal, jadi simpan saja hasrat di hati. Bagi anda yang sedang dilema masalah ini, apa kata anda menukar sendiri sarung sofa di rumah seperti perkongsian daripada wanita bernama Ayuz Ismail ini.
Perkongsian diy hasil tangan wanita ini meraih lebih 900 tanda suka dan hampir 2000 perkongsian di laman Facebook beliau. Jom kita ikuti.
Alhamdulillah menjadi juga salin sofa ni. Musim covid ni memang kena save duit poket. Mula-mula takut juga, takut buka tak boleh nak pasang balik. Tapi, nasib baik menjadi. Modal tak sampai 100 pun.
Jumlah keseluruhan barang-barang yang digunakan adalah bawah RM100. Memang jimat habis!
Pertama sekali, cabut dahulu semua bahagian bongkah sofa. Kebiasaannya, terdapat skru atau paku. Maka perlu buka dahulu skru atau paku tersebut untuk mengasingkan sofa dan bongkah yang lain.
Kemudian, buang kesemuanya alas sofa yang telah uzur.Untuk buang alas pelapik sofa senang sahaja. Hanya perlu tarik sahaja kerana material pelapik sofa adalah lembut.
Ini kain material PVC yang dibeli dari Shopee tadi. Untuk ukuran, saya ambil lebih kurang 6 meter panjang dan lebar. Memang sengaja ambil lebih sebab risau terpotong.
Kemudian, dengan menggunakan stapler gun, stapler sahaja keseluruhan sofa dengan kain material PVC. Pastikan anda cover keseluruhan sofa.
Haaa, inilah hasil sarung sofa yang telah siap ditukar. Memang nampak bersih dan macam baru beli kan. Jadi, selepas ini, tak perlulah anda menghabiskan duit beli sofa baru. Anda juga boleh melihat lebih banyak projek DIY yang mudah untuk dilakukan di sini. Semoga bermanfaat.
Shiplap merupakan salah satu panel dinding yang tidak asing lagi buat pencinta dekorasi rumah. Selain boleh dilakukan sendiri di rumah, barang-barang yang digunakan untuk membuat shiplap juga senang didapati dan murah. Berbekalkan bajet bawah RM400, siapa sangka pasangan ini mampu menghasilkan shiplap bertemakan merah firebush secara diy sahaja.
Perkongsian daripada Baizura Abd Aziz ini meraih lebih 300 tanda suka dan 100 perkongsian di Facebook. Jom kita ikuti hasil shiplap diy beliau dan suami yang begitu elegan dan menarik ini.
Alhamdulillah, hasil kerja kami suami isteri untuk menyiapkan shiplap. Proses lebih kurang seminggu. Sepatutnya 3 atau 4 hari dah siap. Tapi biasalah buat sambil santai-santai sahaja.
Jumlah keseluruhan: RM380
Keadaan dinding sebelum shiplap dipasang.
MDF board dipasang pada dinding kosong tersebut.
Kesemua MDF board yang telah dicantum dengan menggunakan filler dan dilekatkan pada dinding.
MDF board dicat dengan menggunakan cat Nippon Q-Glo kod Firebush.
Hasil MDF board yang telah dicat sepenuhnya.
Inilah hasil akhir panel shiplap berona merah firebush yang menaikkan seri ruang tamu rumah beliau. Ditambah pula dengan lampu bercahaya lembut dan pemilihan warna aksesori ruang yang serba merah, memang tidak dinafikan ianya juga nampak lebih elegan dan mewah.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini, Giler Deco berharap perkongsian ini boleh memberi manfaat kepada anda yang sedang mencari idea dan inspirasi untuk dekorasi ruang rumah. Sekiranya anda suka artikel ini, jangan lupa kongsikan ya!
Cara Mudah Menjaga Mesin Basuh :
Dinding shiplap sememangnya suatu fenomena yang tidak asing lagi dalam dunia dekorasi rumah. Dek kerana ianya tidak memerlukan modal yang begitu besar dan mudah untuk dipasang, maka, ramai yang memasang secara diy dinding shiplap di rumah.
Perkongsian pada kali ini adalah olahan daripada posting asal Siti Norsyam yang berkongsi projek shiplap dinding di rumah beliau. Beliau mengenakan rona biru sebagai tema shiplap tersebut. Memang sangat cantik dan tenang mata memandang. Jom kita ikuti.
Barang-barang yang digunakan :
Sebelum
Ini keadaan dinding ruang tamu rumah beliau sebelum shiplap dilakukan.
Semasa
Proses menampal kayu MDF pada dinding kosong. Menurut pemilik, ukuran papan yang digunakan adalah 4x3 feet. Jumlah papan yang digunakan secara keseluruhan adalah 20 keping.
Setelah papan dipasang, proses mengecat undercoat menggunakan cat berwarna putih dilakukan.
Selepas
Dining hall buat separuh sebab cat kat bawah tu menggelupas.geram pula tengok.
Siap dah warna dark teal..tengok dalam gambar masa nak pilih tu hijau tiber jadi biru polis..aci lah
So decide buat dua belah..tadaa..siap dah dining hall
Wah memang cantik sangat hasil tangan beliau kan. Kepada anda yang ingin diy dinding shiplap di rumah, bolehlah ikuti perkongsian ini. Warna yang digunakan juga cantik. Semoga perkongsian Giler Deco kali ini bermanfaat buat anda. Jangan lupa untuk kongsikan.
Tidak dinafikan masih banyak rumah yang buka sahaja pintu ruang tamu terus nampak ruang dapur. Haa, apa kata kalau anda memasang divider, barulah terlindung ruang dapur, mata pun sedap saja memandang. Bagi anda yang tidak mempunyai banyak bajet, boleh ikuti perkongsian daripada saudara Saufuan Zulkfli mengenai cara mudah lakukan diy divider dapur bajet hanya guna paip sahaja.
Lebih menarik lagi, bahan yang digunakan adalah paip jenis PVC sahaja. Jom ikuti perkongsian yang menarik daripada Giler Deco ini.
Guna 2x4 UPVC pipe. Kegunaan asal paip ni adalah untuk hydroponic (beli yang belum ditebuk lubang). Nak bagi cantik lagi divider ni, kita wrap dengan wall sticker.
Sebelum
Selepas
Berminat untuk baca artikel yang berikut, klik di sini: Projek DIY Grand Mirror
Grand mirror merupakan hiasan dinding yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Kebiasaannya kita lihat grand mirror di kediaman berjenis mewah sahaja. Namun siapa sangka grand mirror secara diy sebenarnya boleh dihasilkan sendiri sahaja di rumah. Hasil juga sama cantik seperti upah interior designer.
Dengan kos modal bawah RM 800 sahaja, wanita ini kongsi hasil tangan beliau grand mirror secara diy di rumah. Jom kita ikuti idea dan hasil tangan yang menarik daripada Rena Nur Henny.
Ni lah orang kata nak jimat kenalah guna tenaga sendiri, tapi berbaloilah dengan usaha suami isteri, ruang tamu tak besar, maklumlah rumah mampu milik sahaja, tapi suka dengan wainscoting, shiplap, accent wall & grand mirror, jadi ambil la konon semua element ciput-ciput, maka terhasil lah!
Deco ini tidaklah sekemas kita upah tukang buat, tapi boleh la sedap mata sendiri, modal pun tak sampai RM800 untuk semua! Cat kita pakai cat dinding lama sahaja yang ada balance untuk jimat, dan light grey itu mix grey asal tambah putih.
Barang-barang yang digunakan :
Proses DIY grand mirror :
Proses mengukur panel wainscoting untuk bingkai.
Proses menampal panel wainscoting
Membuat bingkai untuk meletak cermin.
Hasil setelah cermin dilekatkan. Memang sangat antik dan kemas hasil tangan beliau. Kalau anda berminat untuk hasilkan grand mirror sendiri di rumah, bolehlah ikuti idea dan perkongsian ini. Jika anda sukakan artikel ini, jangan lupa kongsikan. Semoga perkongsian daripada Giler Deco pada kali ini bermanfaat.
Sumber idea dan foto : Rena Nur Henny
Tandas bocor sering kali menjadi masalah kepada kita terutama penghuni flat atau pangsapuri. Kebiasaannya, tandas bocor berpunca daripada tekanan air yang terlampau tinggi dan masalah punat getah paip telah longgar. Namun begitu, jangan risau masalah tandas bocor amat senang untuk diselesaikan.
Artikel ini diolah daripada idea asal Lee Wai Wan yang berkongsi cara-cara mengatasi masalah tandas bocor. Jom kita ikuti.
Penyelesaian untuk bilik air atau tandas bocor boleh guna pelbagai cara seperti di bawah bergantung kepada kos serta ketahanan sesuatu penggunaan cara. Apa yang dibincangkan adalah masalah berkenaan dengan retak di bahagian dinding, konkrit ataupun tempat sambungan di antara dinding dan konkrit.
d) dan lain-lain
Penggunaan jenis waterproofing yang berlainan akan mempengaruhi kos, ketahanan serta keberkesanan. Faktor yang perlu dilihat adalah keanjalan (elasticity) serta pemanjangan (elongation).
Penggunaan cara epoxy flakes melibatkan kerja mengecat serta menaburkan epoxy pada bahagian lantai dengan ketinggian beberapa inci di bahagian dinding. Maka ada kemungkinan air masih masuk melalui bahagian dinding. Kos lebih murah berbanding dengan pecah semua jubin. Namun perlukan sekurang-kurangnya 2-3 hari tidak boleh guna tandas atau bilik air kerana perlu tunggu ia kering.
Bau epoxy agak kuat pada permulaan tetapi bau itu akan berkurangan selepas kering. Tujuan cara ini digunakan untuk menutup semua bahagian di atas lantai agar air tidak dapat menembusi epoxy. Selain itu juga, permukaan tandas akan menjadi lebih kasar dari sebelumnya.
PU injection digunakan untuk menyekat air dari menembusi serta menitik di bahagian bawah konkrit. PU injection perlu dilakukan oleh kontraktor yang mahir kerana ia melibatkan pengawalan tekanan (pressure) agar hanya kuantiti yang mencukupi dipam pada bahagian bawah rekahan.
Sekiranya terlalu tinggi tekanan, ia boleh menyebabkan permukaan atas mengelembung dan terlalu sedikit tidak mampu untuk menutup rekahan. Cara ini hanya bertumpu di bahagian bermasalah. Air masih bertakung di atas bahagian konkrit. Sekiranya berlaku rekahan di bahagian lain, maka air masih menitik ke bawah di tempat yang baru.
Sumber foto : Unsplash
Pemilihan tema atau konsep untuk sesebuah bilik air sememangnya agak merumitkan. Pelbagai faktor perlu diambil kira dalam menyediakan design bilik air. Antaranya adalah warna, rona warna dan sebagainya. Kali ini, Giler Deco akan berkongsi idea dekorasi atau make over bilik air berkonsepkan monokrom hitam putih. Buat pengetahuan, monokrom merupakan konsep yang menggunakan satu jenis warna dan disesuaikan mengikut rona warna tersebut.
Harini, saya ingin berkongsi idea simple bilik air untuk tetamu rumah kami ataupun org selalu panggil (Guest’s bathroom/ Toilet) kerana terletak di luar bilik & hallway.
Perkongsian yang menarik pada kali ini adalah daripada Xumy Lala yang mengubah bilik air guest room rumah beliau bak bilik air di hotel! Jom kita ikuti.
Untuk pemilihan tiles, kami memang pilih dua corak untuk dapatkan mood special ala-ala hotel budget . Maka terhasillah seperti dibawah. Untuk konsep warna, kami pilih hitam & putih matching dengan tiles.
Alhamdullilah setakat ni item2 yg kami beli dari shopee semuanya berfungsi dgn baik & sangat berpuashati dgn hasilnya.
Tiles kami beli sendiri & panggil tukang untuk pasang. Untuk aksesori lain seperti shower hose, sink cabinet, water heater, toilet bowl dan lain-lain kami beli di Shopee dan suami pasang sendiri kecuali toilet bowl (tukang tolong pasangkan).
Haa, memang cantik kan hasil tangan beliau. Menurut tuan punya badan juga, kesemua barang yang digunakan dibeli melalui aplikasi Shopee sahaja. Bolehlah anda yang inginkan idea untuk dekorasi bilik air rumah anda mencuba konsep seumpama ini. Semoga bermanfaat.
Shiplap sememangnya tidak asing lagi buat peminat dekorasi rumah. Shiplap wall bukan sahaja nampak cantik, tetapi juga nampak mewah. Kebiasaanya, anda akan mengupah tukang rumah untuk membuat shiplap di kediaman anda. Tapi sebenarnya shiplap wall ni boleh diy sendiri je di rumah.
Kali ini, Giler Deco akan berkongsi sebuah posting daripada laman Facebook Mohd Mahyeddin Mohd Salleh. Beliau diy sendiri dinding shiplap di kediamannya. Lebih menarik lagi, tema warnanya adalah biru. Memang sangat cantik dan tenang sahaja mata memandang.
Selepas ini bolehlah anda bertukang sendiri di rumah. Hasilnya memang sama cantik seperti yang ditempah di kedai. Jom kita ikuti perkongsian yang menarik ini.
Pelan pelan kayuh akhirnya siaplah juga Shiplap rumah kami. Tq ahli2 group, dapat banyak idea juga di sini. Saya kongsikan juga bajet utk shiplap keluasan 8×10 kaki ini.
Barang-barang yang digunakan:
Ini hasil akhir setelah didekorasi dengan perhiasan dinding.
Siapa kata rak dapur mesti beli yang mahal je untuk nampak cantik. Ternyata, anda boleh DIY sendiri rak letak barangan dapur. Selain jimat masa, juga jimat bajet! Kepada anda yang tercari-cari rak letak barang dapur bolehlah cuba cara ni.
Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah daripada Abe Nik yang menggunakan tiga barang sahaja termasuk hanger untuk membuat rak letak barang di dapur beliau. Memang cantik sangat hasilnya. Jom kita ikuti.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Cara-cara DIY:
Memang sangat cantik kan rak letak barang dapur DIY ni. Barulah barang-barang dapur tak berselerak. Nak memasak pun tenang je.
Sekiranya artikel kali ini bermanfaat, jangan lupa untuk kongsikan artikel ini!
Sumber: Abe Nik
Kebiasaannya kita dengar hanya lantai yang perlu dimop supaya bersih dan berkilat. Namun, masih ramai yang tidak tahu bahawa karpet atau permaidani juga boleh dimop supaya nampak bersih dan tampak seperti baharu.
Kali ini, Giler Deco akan berkongsi tips mop karpet menggunakan air panas oleh Syarifah Farhana Syed Fadzil.
Siapa yang pernah mop karpet?kelakar kan mop karpet? Fana tahu karpet boleh mop daripada sorang maid ni, bila dia mop karpet, Fana tanya dia (karpet boleh mop ya?) iya boleh la puan kasi habuk nya nyah, biasa lepas vakum pasti ada habuk dan kuman).So, dari situ Fana belajar setiap seminggu sekali Fana mop semua karpet yang ada dalam rumah, semput jugak macam nak tercabut jantung kak pana.tapi lepas mop tu korang akan rasa macam karpet baru yang bersih bebas kuman parasit bagai.
Kalau dapat beli la mop baru yang putih gebu khas untuk karpet sahaja, Fana beli kat Eco jek RM4. Kalau dapat la kan jangan campur mop yang kita duk mop lantai eh.
P/s: masa mop sambil berzumba tu korang kena tenyeh-tenyeh sikit dekat karpet itu, nanti dalam air mop korang nampak la betapa cafe lattenya air mop korang.
Kepada anda masih belum cuba mop karpet menggunakan air panas, bolehlah cuba tips ini. Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Selamat mencuba. Semoga bermanfaat!
Pantri di ruang rumah atau pejabat tidak perlu menggunakan barang-barang mahal untuk nampak cantik dan elegan. Jika anda mempunyai bajet yang terhad untuk mendekorasi pantri mini rumah anda, anda boleh sahaja menghias pantri mini dengan barang-barang Ikea. Selain lebih murah, hasilnya juga setanding seperti menggunakan perkakasan mewah.
Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah daripada Nur Amani Abd Rani . Jom kita ikuti.
PKP nak panggil tukang tak boleh, kodek-kodek pinterest dapat idea guna rak IKEA sahajaJimat teruk.
Menurut beliau, dekorasi menggunakan barang-barang Ikea memang berbaloi dan menjimatkan. Berikut merupakan senarai barang-barang yang beliau gunakan.
Barang-barang yang digunakan
Barang-barang yang digunakan boleh dibeli di IKEA sahaja. Klik di sini untuk beli di Shopee IKEA.
Balang bulat dan petak untuk meletakkan rempah-rempah dan makanan bertin.
Balang-balang bulat dan petak yang digunakan untuk meletakkan bahan-bahan masakan.
Balang-balang comel ni boleh digunakan untuk meletakkan bahan-bahan masakan di dapur ini. Selain nampak lebih kemas, tidak dinafikan ianya juga memang sedap mata memandang.
Foto sebelum proses dekorasi pantri mini menggunakan barang-barang IKEA.
Foto selepas proses dekorasi pantri mini menggunakan barang-barang IKEA.
Cantik dan nampak simple kan dekorasi pantri mini dengan barang-barang Ikea ni. Kepada yang sedang mencari idea dan inspirasi ruang pantri rumah anda, boleh lah cuba idea dekorasi ini. DIY je!
Semoga perkongsian kali ini bermanfaat. Jangan lupa kongsikan!
Rak dapur yang cantik mampu menambahkan lagi seri ruang dapur rumah. Selain boleh dibeli di kedai, sebenarnya anda boleh diy sendiri sahaja rak dapur di rumah. Ianya bukan sahaja lebih jimat, malah lebih kemas dan cantik jika anda mempunyai ilmu pertukangan yang betul.
Untuk posting kali ini Giler Deco akan berkongsi sebuah posting asal daripada laman Facebook Maliq's Kitchen yang diy rak dapur menggunakan kayu pallet sahaja. Siapa sangka kan dengan menggunakan kayu terbuang pun boleh terhasilnya rak dapur yang cantik.
Jom kita ikuti perkongsian yang sangat menarik ini.
Dapur yang agak kecik ruang. Kena gunakan semaksima dinding yg ada. Modal kurang Rm200. Dapat Juga buat rak yang sangat bermanfaat untuk kehidupan harian kita. Besi n pallet je bahan2 nya..
Antara barang-barang yang digunakan laitu kayu pallet sebagai bahan utama dan besi untuk menyokong kayu. Buat pengetahuan anda juga, besi seperti ini juga boleh ditempah daripada tukang besi.
Alatan-alatan seperti gegarji dan pembaris yang digunakan untuk membuat rak kayu berasaskan kayu pallet ini. Bagi anda yang ingin membeli gergaji online, boleh klik di sini.
Rak kayu daripada kayu pallet digunakan untuk meletakkan barang-barang untuk mencuci pakaian. Memang cantik kan ruangan laundry macam ni. Simple dan kemas.
Rak ini juga digunakan untuk meletakkan bahan-bahan masakan. Memang sangat menjimatkan ruang kan. Sesuai untuk sesiapa yang memiliki ruangan dapur yang tidak begitu luas.
Sumber: Maliq's Kitchen
Argh busuknya bilik air ni. Dari jauh dah bau. Nak kata tak cuci pun tak juga. Tapi kenapa cepat sangat berbau semula? Tak boleh jadi, aku kena cari tips hilangkan bau tandas, nanti malulah kalau tetamu datang.
Memang stres kalau bilik air berbau. Mulalah tercari-cari mana datangnya sumber bau yang kurang menyenangkan.
Antara semua bilik dalam rumah, bilik air memang jadi perhatian kerana selalu digunakan. Bukan sahaja seisi rumah, malah tetamu yang datang berkunjung juga pastinya akan mengguna bilik air. Kalau bilik air kotor atau berbau, memang terasa malu. Nanti dianggap pengotor pula.
Berikut adalah 9 tips hilangkan bau tandas menggunakan bahan semulajadi. Mesra alam, dan sesuai untuk semua kediaman.
Jika ada tingkap, buka seluas-luasnya selepas anda mengguna bilik air. Jadi bau yang kurang menyenangkan dalam bilik air akan sentiasa digantikan dengan udara segar dari luar.
Jika ada bajet, pasang extractor fan yang bertindak mengalirkan udara dalam bilik air.
Pastikan tuala yang lembap digantung di tempatnya, bukan di dalam tandas. Seeloknya, cuci alas kaki dengan kerap kerana jika ia lembap, bak teria dan lumut mudah berkumpul sehingga mengeluarkan bau busuk.
Sebaiknya kosongkan tong sampah setiap hari meskipun belum penuh. Ini kerana bak teria sukakan suasana yang lembap. Pembentukan bak teria boleh menyebabkan punca bau busuk.
Gunakan tong sampah bertutup untuk mengurangkan bau.
Sinaran cahaya matahari dapat membunuh kuman dan bak teria dalam bilik air. Sebab itu cuba cari ruang agar cahaya matahari dapat masuk dalam bilik air.
Masukkan dua cawan air, satu sudu cuka putih, satu sudu soda penaik dan 10 titis essential oil seperti eucalyptus, sitrus atau lavender dalam botol spray.
Letak dalam bilik air dan ia akan memberi bau segar yang berpanjangan dalam bilik air.
Pokok bunga seperti jasmine, lily dan ros mewangikan bilik air secara semulajadi. Selain memberi kesegaran, ia juga mencantikkan pandangan.
Hampas kopi jangan dibuang kerana ia dapat menghilangkan bau tandas. Caranya, masukkan hampas kopi ke dalam lubang tandas, biarkan ia terendam beberapa lama dan siram. Anda akan dapati bau tidak menyenangkan itu akan hilang sama sekali.
Arang adalah satu lagi bahan semulajadi yang mampu menyerap bau busuk. Cara menghilangkan bau tandas dengan arang adalah dengan meletakkan beberapa ketul arang kecil di dalam beg kain atau beg plastik yang berlubang-lubang.
Kemudian, gantungkannya di tempat yang berbau seperti berdekatan dengan mangkuk tandas. Pastikan bilik air dicuci dengan kerap,
Jika tidak kotoran akan melekat dalam bilik air dan sukar ditanggalkan untuk jangka masa yang lama.
Ia akan menyebabkan bilik air nampak kotor meskipun sudah dibersihkan. Bau yang kurang menyenangkan juga dapat diatasi dengan mudah.
Sumber Teks : Nasihat Pakcik
Sumber Foto: Pexel
Lazim sekali kita dengar perabot-perabot yang diperbuat daripada kayu pallet. Kayu yang berasal daripada pokok pine ini cukup terkenal dengan sifatnya yang murah dan senang untuk didapati. Kali ini, Giler Deco akan berkongsi idea kreatif seorang remaja yang diy wall shelves daripada kayu pallet sahaja.
Memang sangat mudah cara pembuatannnya. Posting asal diperoleh daripada perkongsian laman Facebook seorang pemuda bernama Lennon Haniff. Jom kita ikuti.
Ni alkisah hujung minggu lepas.. jalan2 kat kawasan taman rumah, terjumpa plak orang buang kayu pallet.. kita pon usung bawa balik setelah mendapat keizinan.. maka bermula la projek upcycle kayu terbuang dan terhasil lah custom wall shelf untuk teratak kami.. boleh la buat naik seri sikit dinding rumah..Steps saya kongsikan kat gambar.
Kayu pallet yang digunakan :
Ni kejadian nya bila dah pasang ke dinding.. Alhamdulillah elok je dia jalankan tugas.. menambahkan lagi perasaan ceria bila layan k-drama bersama isteri tersayang.
Memang cantik dan kemas kan hasil tangan pemuda ni. Jika anda sukakan projek diy wall shelves daripada kayu pallet ini, jangan lupa kongsikan ya. Semoga bermanfaat.
Sumber: LennOn Haniff
Lokasi: Pennsylvania USA
Hiasan ruang tamu merupakan salah satu aspek penting untuk keceriaan sesebuah rumah. Namun begitu, pemilihan warna sering kali menjadi persoalan setiap kali ingin memulakan dekorasi. Jadi, jom lihat idea dekorasi ruang tamu bertemakan warna hijau dan pink hasil perkongsian oleh Nadzirah Mohd Shoghi ini.
Jom kita ikuti.
Kebanyakkan barang beli di shopee kecuali sofa dengan carrier home.Sebulan juga la ambil masa nak siap.
Barang-barang yang digunakan untuk dekorasi ruang tamu rumah beliau dibeli melalui online sahaja. Selain lebih murah, sudah pastinya lebih menjimatkan tenaga dan boleh membuat banyak pilihan, tambah beliau.
Pemilihan barang-barang hiasan juga penting untuk menambahkan lagi seri ruang tamu rumah. Pastikan warna item-item yang dipilih adalah bersesuaian dan kena dengan tema yang dipilih. Tips: elakkan penggunaan warna-warna terang untuk tema "nude".
Warna langsir berselang-seli antara hijau dan pink menyerlahkan lagi rona ruang tamu.
Hiasan frame tulisan-tulisan khat pada dinding sebagai penambah aura ruang tamu rumah.
Kerusi gantung berlengan beralaskan comforter berwarna lembut sememangnya pilihan yang tepat untuk tema sebegini.
Cantik kan warna-warna lembut macam ni, boleh lah dijadikan sebagai idea dekorasi ruang tamu anda. Semoga perkongsian Giler Deco pada kali ini bermanfaat untuk anda.
Konsep monochrome style yang menggunakan hanya satu warna asas yang disuaigaya dengan rona yang sesuai mampu memberikan vibe elegan dan moden. Tidak hairanlah konsep ini semakin mendapat tempat di hati pencinta hiasan dalaman.
Perkongsian Giler Deco kali ini adalah daripada warganet Instagram @ainasyafiqka. Perkongsiannya adalah mengenai transformasi tangga rumah bertemakan konsep monochrome style.
Jom kita ikuti perkongsian yang sangat menarik ini.
Saya undercoat dulu semua 2 layer pastu baru cat colour..saya start dengan warna putih dan hitam..so disebabkan dia kena mix dgn hardener utk tak nak bazirkan amount of paint sy bahagi-bahagikan jumlah cat tu untuk mix dgn hardener..saya tak bancuh terus 1 tin sebab oncw dh mix dengan hardener kena terus guna sebab dia akan keras lepas tu..so nak jimat dan taknak bazirkan duit & cat saya bahagi-bahagikan ratio.
Bahan-bahan yang digunakan untuk projek make over ini juga mesra poket dan senang untuk didapati. Selain tidak memerlukan kos yang tinggi, jangka masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek juga tidak lama. Ianya hanya mengambil masa dua minggu untuk disiapkan.
Untuk siapkan tangga ni ambil masa 2weeks. Dah 11 bulan lepas saya cat tangga,alhamdulillah masih cantik lagi macam colour pon tak pudar.
Foto menunjukkan keadaan tangga sebelum didekorasi
Foto menunjukkan keadaan tangga sebelum didekorasi
Pandangan sisi tangga yang telah siap didekorasi
Pandangan hadapan tangga yang telah siap didekorasi
Memang puas hati kan tengok hasil tangan macam ni. Jadi apa tunggu lagi, anda juga boleh mencuba konsep ini. Selain tidak menggunakan banyak warna, konsep ini juga menjadikan ruang rumah anda lebih fresh dan elegan.
Trend shiplap sememangnya semakin mendapat tempat di dalam kalangan pencinta dekorasi rumah. Bukan itu sahaja, dinding shiplap juga tidak dinafikan banyak dipasang untuk ruang pejabat.
Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah daripada Faezah Othman II yang memasang dinding shiplap di pejabat beliau. Hasilnya memang sangat cantik. Jom ikuti perkongsian projek DIY yang menarik ini.
Saya pernah kongsi progress pejabat saya dulu masa buat shiplap. Ramai pm nak tengok bahagian luar. Ramai juga tanya kos keselurahan shiplap untuk satu ruang bilik pejabat ni. Nak kongsi gambar bahgian luar. Ni bukan rumah. Ni pejabat untuk saya cari rezeki. Buat guna konsep bajet.
Untuk mozek, syiling gantung & papan playwood keliling total kos abis 3k++. Yang ni upah orang sekali barang
Ruang dalaman sebelum proses shiplap
Ruang luaran pejabat
Proses semasa shiplap
Ruang pejabat yang telah siap didekorasi dengan shiplap wall
Ruang pejabat setelah diletakkan barang-barang, memang cantik kan.
Ruang pejabat dari sudut sisi.
Nampak kemas dan cantik je kan hasil tangan wanita ini. Apabila ruang pejabat selesa dan cantik, barulah selesa untuk bekerja. Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsikan.
Sumber : Faezah Othman II
Kebiasaannya kita lihat batten wall hanya dipasang di kediaman-kediaman mewah. Namun sebenarnya, jika anda mempunyai bajet yang rendah dan inginkan hasil yang setanding dengan batten waincoting yang mewah. Anda boleh DIY sendiri sahaja di rumah.
Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah daripada sumber facebook Rozimah Ismail yang menghasilkan sendiri batten wall di kediaman beliau. Memang sangat kemas dan cantik hasilnya. Jom kita ikuti.
Alhamdulillah. Selesai DIY Project Batten Wall. Size - 36 kaki panjang. Time - 2 kali weekend. Total damage - RM270. Patience and accuracy - Priceless!
Untuk mengikuti langkah-langkah menghasilkan batten wall, anda boleh menonton video di bawah.
Memang sangat teliti kan hasil tangan pemuda ini. Fuhh, tenang je mata memandang. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan jangan lupa kongsikan.
Sumber: Rozimah Ismail
Sesebuah dapur tidak akan lengkap tanpa ada kabinet dapur. Umumnya, kabinet dapur digunakan untuk meletakkan perkakasan pinggan mangkuk atau juga bahan-bahan masakan. Jika anda mempunyai kabinet dapur yang usang, jangan dibuang kerana ianya masih boleh di-make over supaya kekal cantik dan warna tidak lusuh.
Posting Giler Deco kali ini adalah mengenai perkongsian daripada Erna Ezaety Bahar di laman Facebook. Beliau telah make over kabinet dapur rumah beliau sehingga nampak seperti kabinet baru. Lebih menarik lagi, kos yang dipakai oleh beliau kurang daripada RM40.
Make over macam ni harga lagi murah dari nak beli almari baru tapi dapat hasil yang WOWW macam kabinet harga ribu ribuuUntuk almari macam ni guna dalam 2 tin cat yang 1L. Harga 1 tin cat tak sampai RM20 pun
Lepastu kita tampal kayu shiplap dekat pintu almari untuk dapatkan effect border yang exclusiveTak payah susah2 paku, kita guna gam kayu jeTukar sikit handle dia BOOMM terus jadi kabinet baru macam harga beribu
Anda juga boleh menggantikan pemegang kabinet lama dengan yang baru untuk nampak lebih kemas dan cantik. Untuk pemilihan warna pula, anda boleh memilih mana-mana warna kesukaan anda. Untuk perkongsian ini, wanita ini menggunakan warna green emerald.
Cantik dan kemas kan hasil tangan wanita ini. Barang-barang yang digunakan oleh beliau juga memang mesra poket. Ibu-ibu di rumah pun boleh cuba idea dekorasi ini. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat. Jangan lupa kongsikan posting ini.
Wanita dan bunga memang tidak dapat dipisahkan. Bermacam-macam jenis bunga yang diperbuat daripada plastik, polisterin dan sebagainya yang berada di pasaran yang boleh dijadikan bahan dekorasi rumah. Namun lain pula bagi wanita ini yang menggunakan sabun andi sebagai bahan utama untuk membuat bunga!
Jom ikuti perkongsian yang sangat menarik daripada Iz SyilaZaina yang membuat dan menggubah bunga daripada sabun. Beliau turut mengongsikan bahan-bahan yang digunakan beserta cara-cara pembuatan.
Tepung jagung xyh byk.. Ada yg guna smpai 1cwn.. Air pn sikit shja.. Masa tuang tu ramas2.. Kalau mcm xckup air ramas jgk.. Sbb air sikit pn dh ckup.. Tp kalau mcm tlmpau skit nk tmbh air hya sedikit je ye sis..lg 1 masa nk bentuk, smbil2 celup jari kat minyak.. Myak Jonhson pn bleh.. Baru nmpk licin dan sng bentuk..
Bunga warna peach tu sabun jenama harmoni lepas buat saya sapu minyak rambut..haha.. Tapi tak kekal pun kilatnya.. Yang bunga merah saya guna sabun fruitale lepas buat tak sapu minyak cuma masa nk buat je saya celup kat jari sebab senang nak bentuk.. Tapi masih berkilat..
Campur semua bahan uli sampai jadi doh, lepas tu simpan dalam bekas kedap udara biar semalaman.. Esok uli lagi dan boleh bentukkan bunga dah ye
Memang cantik dan kreatif kan hasil tangan wanita ini. Sekiranya perkongsian Giler Deco pada kali ini bermanfaat, jangan lupa untuk kongsikan ya.
Sumber: Iz SyilaZaini
Fluted wall atau "dinding seruling" mampu menambahkan lagi aura moden sesebuah rumah. Namun, ianya jarang menjadi pilihan orang ramai dek harganya yang sedikit mahal berbanding prop-prop dinding yang lain. Kali ini, Giler Deco akan berkongsi posting asal daripada Shaher Fuad yang mendekorasi dinding rumah beliau menggunakan fluted wall dengan bajet kurang dari RM500!
Jom kita ikuti.
Jumlah = RM 429.60
Seller mdf board di shopee yang saya beli ini boleh buat custom size.. so jangan risau.. bgtau je berapa lebar nak, die akan potong siap2 dengan ketam skli.. memang tinggal gam aje. setel.
Haa, cantik sungguh kan flutter wall hasil tangan jejaka ini. Semoga perkongsian daripada Giler Deco kali ini bermanfaat. Jangan lupa kongsikan!
Sumber: Facebook
Siapa sangka perhiasan dinding yang berbajetkan bawah RM 150 boleh kelihatan seperti menggunakan barang-barang mewah. Lebih menarik lagi, perhiasan dinding yang dikenali sebagai grand mirror ini boleh dihasilkan sendiri di rumah.
Untuk posting kali ini, Giler Deco akan berkongsi idea dan hasil kerja seorang jejaka bernama Shamsul Dekcik yang menghasilkan grand mirror secara DIY di rumah beliau.
Kayu beli di kedai hardware shj dgn harga rm0.30 sekaki..total 80kaki..makanya kos kayu rm24 shj... guna kertas pasir utk licinkan sikit permukaan kayu.
DIY grand mirror dengan bajet bawah RM 150
Ruang dapur yang bersih dan cantik bukan sahaja dapat memberi keselesaan kepada kita, malah, ianya juga dapat menyejukkan mata yang memandang. Tidak dinafikan juga, lantai antara merupakan elemen yang penting bagi sesebuah dapur.
Untuk perkongsian kali ini, Giler Deco akan berkongsi idea untuk make over dapur yang kecil di rumah anda menggunakan lantai jenis vinyl floor. Sumber posting kali ini adalah daripada saudari Farhana Manaf melalui laman Facebook.
Dapur kecil saya. Mungkin boleh bagi idea untuk siapa yang nak jimat kosKitchen cabinet upah kontraktor.Untuk floor saya dan suami DIY tampal sendiri guna vinyl floor beli dekat Shopee
Selain menggunakan vinyl floor untuk lantai, wanita ini juga menggunakan kabinet jenis high gloss (putih) untuk dipadankan dengan corak vinyl yang dipilih beliau.
Keadaan ruang dapur rumah beliau sebelum di-make over.
Selain menggunakan vinyl untuk lantai, wanita ini juga menggunakan kabinet jenis high gloss (putih) untuk dipadankan dengan corak vinyl yang dipilih beliau. Menurut beliau, vinyl floor amat mudah untuk dipasang kerana anda hanya perlu menampal pada lantai tanpa memerlukan gam tambahan.
tak licin. Dia mcm tikar getah.
Oleh kerana teskturnya yang kalis air dan tidak licin, cara penjagaan lantai jenis ini juga sangat mudah. Juga tiada masalah untuk mengemop lantai jenis vinyl ini.
Wow, memang nampak simple dan menarik kan perkongsian daripada wanita ini. Siapa sangka dapur sekecil ini juga boleh didekorasi mengikut kreativiti masing-masing. Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini, semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsikan artikel ini.
Sumber: Farhana Manaf