Cara Mudah Bersihkan Kuali Hitam

Ditulis oleh

Sebagai seorang isteri, pastinya anda akan memasak setiap hari untuk suami dan anak-anak. Apatah lagi sekarang ini musim pandemik, kita tidak digalakkan untuk makan diluar. Jadi sebagai ibu, kitalah yang menggalas tanggungjawab untuk memasak. Perkongsian kali ini adalah dari CrazyIndianHacker. Perkongsiannya adalah mengenai cara mudah bersihkan kuali hitam.

Setiap masa ada sahaja makanan yang ingin dimasak. Bila suami dan anak-anak suka apa yang kita masak adalah menjadi satu kepuasan untuk kita para ibu. Tapi, yang tidak best adalah apabila kuali yang dulunya putih bersih bertukar menjadi hitam dan berkerak.

Jadi apa kata ikuti perkongsian yang di buat dari youtube iaitu cara mudah bersihkan kuali hitam tanpa perlu menyental.

Cara Mudah Bersihkan Kuali Hitam Paling Berkesan :

 

Bahan-bahan:

  1. Ubat gigi
  2. Baking soda
  3. Kulit telur
  4. Lemon
  5. Berus besi

Cara-cara:

 

  1. Masukkan satu sudu ubat gigi seperti yang ditunjukkan didalam gambar dibawah ini.tips cuci kuali hitam
  2. Masukkan dua sudu baking soda kedalam cawan seperti yang diajar dibawah ini.

    tips cuci kuali hitam

  3. Pecahkan telur, ambil kulit telur itu dan pecahkan sehingga menjadi ketulan kecil.

    tips cuci kuali hitam

  4. Tambahkan tiga per empat air perahan lemon ke dalam cawan.

    tips cuci kuali hitam

  5. Gaul kesemua bahan tersebut sehingga sebati.

    tips cuci kuali hitam

  6. Lumurkan bahan-bahan tadi pada permukaan kuali yang hitam.

    tips cuci kuali hitam

  7. Biarkan selama 30 minit.

    tips cuci kuali hitam

  8. Sental menggunakan berus besi.

    tips cuci kuali hitam

  9. Kemudian bilas supaya bersih.

    tips cuci kuali hitamItu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam mengatasi masalah kesan hangus hitam pada kuali yang suakr untuk dibersihkan. Dengan tips dan cara ingin mungkin mampu mengatasi masalah yang anda hadapi itu. Apa pun selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
November 1, 2020
Dikemaskini pada
November 1, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram