7 Tips Penting Untuk Memilih Ruang Dalaman Rumah

Ditulis oleh

Bagi anda yang berkeinginan atau mengimpikan untuk memiliki kediaman rumah sendiri, anda perlu tahu beberapa tips penting ruang dalaman yang perlu ada dalam kediaman rumah anda. Hal ini supaya kawasan ruang tamu atau ruang dalaman rumah anda akan kelihatan lebih luas dan selesa untuk didiami.

Jadi persoalannya sekarang adalah macam mana cara untuk anda memilih ruang dalaman yang sesuai untuk rumah anda? Jangan risau kerana min akan kongsikan kepada anda beberapa tips berguna untuk memilih kediaman rumah impian anda.

Tip ini telah dikongsikan oleh Saudara Azizul Azli Ahmad menerusi laman media sosial miliknya. Buat makluman anda, saudara Azizul Azli ini merupakan seorang pakar perunding hartanah dan tip-tip dari beliau sangat berguna untuk dijadikan panduan kepada anda di luar sana. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau.

7 Tips Penting Memilih Ruang Dalaman Rumah

 

TIPS RUANG DALAMAN RUMAH PERTAMA
1. Dapur sebaiknya tidak di depan, berhampiran pintu masuk. Soal aurat dan budaya masak kita berbeza.
Jika tiada pilihan, pastikan ianya terlindung dari pandangan mata.
2. Pintu bilik tidak mengadap ruang utama, kita tentu malu orang nampak bilik tidur kita. Keluar bilik nampak orang.
3. Siling pastikan lebih tinggi, agar tangan tak kena kipas nanti. Makin tinggi, makin baik pengudaraan dalam rumah. Sebaiknya 10'0" tinggi.
4. Kiblat tidak mengadap bilik air, takkan nak sujud menghadap wc nanti. Susah nak khusuk nanti.
5. Matahari petang tidak menghadap bilik tidur utama, panasnya sampai kemalam.
Dah tentu isteri kita kena pakai seksi sepanjang hari. Itu namanya rezeki
6. Ada ruang utiliti, biar kecil tapi ia keperluan abadi hidup nanti. Nak buat aktiviti senang nanti
7. Cari rumah sebaiknya ada 3 bilik 2 bilik air sebagai pemulaan. Bukannya satu bilik sahaja. Elakan Soho, Sovo, Sofo dan Solo
tips ruang dalaman rumah
Mula dengan rumah kecil dan sederhana, jangan mengada nak teres atau bunglo yang ada taman bunga dan penuh rama rama.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Selamat mencuba tip-tip ini.
Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Oktober 5, 2020
Dikemaskini pada
Oktober 5, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram