Bagi kediaman yang berkonsepkan Glem moden, penggunaan cermin sebagai feature wall bagaikan satu kemestian. Ia bukan sahaja menjadikan kediaman anda kelihatan lebih mewah, ia juga memberikan impak visual yang lebih luas dan besar. Disamping menjadi sumber pencahayaan tambahan bagi sesuatu ruang. Namun, kebiasaanya untuk memiliki dinding kaca ini memakan kos yang tinggi. Namun alangkah beruntungnya jika anda diy sendiri cermin rumah anda. Perkongsian kali pada kali ini adalah mengenai dekorasi rumah guna feature wall.
Mari ikuti perkongsian menarik daripada wanita melalui laman facebook yang dikenali sebagai Sania Wenia ini
Ruang utama rumah,bila tetamu datang selalu tumpu kat sini dulu.So far Alhamdulillah sejak pasang sampai skrg 2 tahun cermin masih kekal utuh
Kakak share mcm mane cermin tahan dan tidak mudah jatuh berderai
1. Dinding kena rata
2. Pastikan lap dahulu dinding dgn kain,agar tiada habuk ( senang tape nk lekat )
3. Kalau boleh jarakkan setiap cermin agar tiada tekanan,kakak pakai pembaris besi untuk jarakkan antara cermin.
4. pakai double tape original 3M ( boleh beli kat kedai buku atau jusco ) susun double tape dalam 8 jalur tape,atau keliling cermin.Baru letak kat dinding
5. kakak cuci cermin pakai bulu ayam je,sekali-sekala lap pakai spray cermin.
1. cermin ikea ( boleh ganti cermin lain tapi pastikan bucu cermin tak tajam )
2. 3M double tape ( pastikan 3M )
3. pembaris besi ( pakey plastik pun boley )
4. gunting/pisau
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi pada kali ini. Diharap perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada anda dalam cuba untuk ubahsuai rumah dengan gaya baru seperti ini. Selamat mendeco dan selamat mereput depan cermin semua.