Apakah langkah yang perlu diambil oleh pemilik, jika mereka bercadang untuk mengubahsuai rumah?sekiranya pemilik ingin mengubah suai rumah, pemilik perlu tahu dan mengambil langkah beberapa perkara seperti berikut. Perkongsian
Giler Deco kali ini adalah mengenai tips wajib tahu sebelum ubahsuai rumah.
Tips Wajib Tahu Sebelum Ubahsuai Rumah :
Pertama: siasat dan mengambil tahu terlebih dahulu sama ada pemilikan (unit rumah) tersebut boleh di ubah suai atau tidak. Ini kerana lain daerah, lain syarat nya yang dikenakan oleh pihak majlis tempatan. Rujuk kepada majlis perbandaran dan juga pihak pengurusan kediaman (untuk kediaman jenis berpagar dan bertingkat)
Syarat-syarat ini diwujudkan biasanya untuk memastikan keselamatan dan hak orang lain di sekeliling rumah kita.
Misalnya bagi rumah di bahagian tepi, tidak boleh di tambah sehingga ke sempadan tanah kerana ia membahayakan keselamatan orang lain dan juga tuan rumah. Bayangkan situasi di mana boleh berlakunya kemalangan sebuah kenderaan di mana ia terbabas dan melanggar kediaman anda yang ditambah sehingga ke tepi jalan raya untuk kegunaan ramai.
Kedua: rancang dengan teliti tentang ruang yang ingin diubahsuai agar tidak menyusahkan dikemudian hari seperti terpaksa memecahkan semula atau menutup kembali ruang atau bukaan yang telah dibuat. Ia bukan sahaja memakan masa, malah memakan kos dan menyebabkan pembaziran serta kerugian.
Ketiga: dapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang bertauliah (professional) agar hak-hak pemilik terjamin dan mendapat kualiti dalam pembinaan yang terhasil. Ia juga bagi mengelakkan berlakunya kemalangan dan bahaya di kemudian hari akibat pembinaan yang dibuat tidak mengikut undang-undang atau cara yang betul. Misalnya berlaku runtuhan lantai pada ruang tambahan dan mengakibatkan penghuni terkena runtuhan tersebut. Elakkan malang sebelum ia berlaku.
Keempat:rancang kewangan sebaiknya agar tidak membebankan. boleh juga lakukan ubahsuai sedikit demi sedikit. asalkan tidak membebankan. bertahan dahulu dengan ruang yang ada jika kita tidak mempunyai modal. sebaiknya elakkan pinjaman bank. Selalunya, berapakah kos untuk mengubah suai rumah? (anggaran caj yang selalu dikenakan).
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharap bermanfaat.