Tentu ramai orang diluar sana yang menetap di rumah yang kecil terutama di rumah apartment akan bagi alasan yang ruang terlalu kecil untuk dihiaskan. Sampai bila anda nak jadikan perkara ini sebagai alasan untuk membiarkan rumah anda dalam keadaan yang tidak ceria? Jadi perkongsian kali ini adalah dari warganet twitter iaitu Aizul Marcello. Perkongsiannya adalah mengenai renovate rumah apartment kosong guna konsep "hipster minimalis".
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian cara untuk Ubahsuai rumah apartment di mana hasilnya sangat memuaskan hati. Beliau telah berkongsi beberapa keping gambar hasil rekaan rumah apartment yang telah di ubahsuai olehnya sendiri di Setia Alam.
Pada Mulanya, beliau telah diberi kepercayaan oleh pemilik rumah tersebut untuk mengubahsuai rumah apartment itu. Gambar di bawah menunjukkan keadaan rumah owner yang kosong.
Ini adalah keadaan rumah apartment sebelum proses ubahsuai dilakukan dengan gaya baru iaitu gaya hipster minimalis yang cantik dan mengancam.
Ini pula adalah keadaan ruang dapur sebelum proses ubahsuai dilakukan dengan gaya baru.
Seperti yang kita boleh lihat, perabot yang digunakan mengikut kombinasi warna hijau, coklat dan hitam pada ruang tamu kelihatan sangat menyerikan. Beliau memilih untuk memasukkan sedikit elemen tona warna emerald green sebagai penyeri.
Ini adalah padangan dari arah lain keadaan rumah tamu rumah.
Ini adalah gambar lebih jelas keadaan ruang tamu rumah.
Idea dekorasi hiasan sofa baru rumahnya.
Kerusi sofa yang baru.
Ini pula adalah keadaan dapur selepas proses ubahsuai selesai dilakukan dengan gaya baru yang cantik.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap perkongsian ini dapat memberi inspirasi dan idea kepada anda dalam mengubahsuai rumah dan deco rumah anda nanti.