Cara DIY "Accent Wall" Mudah Dan Simple

Ditulis oleh

Masih tercari-cari idea untuk hiaskan dinding rumah anda? Boleh ikuti perkongsian oleh Hanan Aana di laman Faceboknya. Dinding kosong rumahnya yang diberikan sedikit sentuhan yang dipanggil accent wall. Memang cantik hasil kejadiannya. Jom ikuti perkongsian dibawah, mana tahu boleh buat juga untuk rumah anda. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara diy "accent wall" mudah dan simple.

Cara diy "Accent Wall" :

Assalamualaikum. Di sini kami nak jawab soalan-soalan kawan-kawan yang berminat nak buat accent wall ni. Ramai jugak yang berminat sebab mesej di faceboook dan Instagram. Details memang ada setiap gambar ya.

Bahan-Bahan :

Jenis kayu: KAYU SYILING atau KAYU SPIN

Keluasan dinding kami: 7 metre persegi

Panjang kayu: depend on kedai ( yg kami punya 8 kaki)

Dimension kayu:1 inch x stgh Inci

Mana nak beli kayu: Kedai Hardware ( org melaka boleh Pm tepi. Kami bg cntct number kedai terus)

Pembelian tools digunakan: MR DIY

Total cost: Rm 210

Jenis cat: Jotun Majestic Matte (statement Blue)

Code cat: 4863

Undercoat: Jotun Plus

Langkah Dan Cara :

Lakaran design dari Abi Fakhrullah Azmi masa ni tukar skala dinding tu utk tahu exactly berapa batang kayu kena beli. Kayu sebatang dlm 8 kaki.

Jadi mula la proses melakar on real wall.

Memang menguji kesabaran. Tapi kalau bersabar dengan anak, pasti result akan gempak.

Proses Buat Frame.

 

Proses melekatkan kayu pada dinding.
Wood filling! Proses ni ambik masa 3 hari jugak. Setiap gap, lubang kayu, bekas paku semua kena fill. Itu belum kira lagi gap antara dinding dan kayu yang tak rapat. Semua tu kena fill

Proses sanding lepas sudah wood filling. Yang ini pun mencabar. Sebab lepas sudah sanding, tiba-tiba baru perasan masih ada lagi lubang dan gap.

Kenapa kena sanding? sebab wood filler itu tak rata. Ratakan semula. Lepas itu dinding tak flawless pun. Jadi apa lagi, kikis mana-mana yang tak rata. Settle sanding. Kena vacuum semua habuk2 pada setiap kayu.

Proses UNDERCOAT

Tips:
1) Beli undercoat yang boleh guna untuk kayu dan dinding.
2) Beli berus dengan saiz yang berbeza. Sebab celah-celah kayu itu semua tak lepas kalau guna berus besar.

Masa ini kegigihan diperlukan level 600%.

Ini adalah ketika proses mengecat.

Selesai layer pertama mengecat.

Tips:
jangan terus double code cat. Tunggu kering dan tunggu semua tidak rataan tu muncul. Ni gambar selepas 1 hari. So nampak tak undercoat cat asal tu timbul. Memang tak rata tapi bersabar sekejap. Lepas 2 3 hari kita cat semula.
Ini hasil selepas 1 Jam doublecoat Cat. 
Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Jun 28, 2020
Dikemaskini pada
Jun 28, 2020

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram