Bilik tidur utama merupakan pelengkap kepada sebuah rumah. Maka, dekorasi bilik utama memainkan peranan penting untuk sesebuah rumah. Biasanya kita akan deko bilik tidur utama kerana ia punca kebahagian dan ketenangan hati suami dan isteri. Bilik utama sempit dan kurang luas bukanlah penghalang untuk kita menghias menjadi indah. Perkongsia kali ini adalah mengenai 7 tips dekorasi bilik utama yang menarik.
Bilik yang sempit, jika pandai mengenakan warna dan perabut ia pasti nampak lebih luas. Hari ini Giler Deco ingin berkongsi dengan anda 100 Idea Dekoras Bilik Tidur Utama Simple dan Eksklusif". Kadang-kadang tu bila pergi ke hotel-hotel mewah pasti teringin nak cantikkan bilik tidur utama seperti bilik hotel.
Bila balik ke rumah, terus lupa nak hias cantik-cantik. Jadi, jom kita lihat 7 tips dekorasi bilik utama supaya kelihatan cantik dan mempersona.
Tips Dekorasi Bilik Tidur Utama
1. Warna cat bilik
Jika kita melihat, trend sekarang lebih kepada warna-warna polos seperti putih, coklat dan krim. Warna-warna ini akan menjadikan bilik lebih warm dan redup. Cuba elakkan dari memilih warna-warna terang seperti merah terang atau oren. Penggunaan warna memainkan peranan penting pada mood semulajadi suasana.
2. Perabot
Pilih perabot yang bersesuaian dengan konsep bilik tidur utama anda. Pastikan katil dan meja sisi ditempatkan di ruang yang sesuai. Elakkan meletak katil bertentangan dengan pintu masuk, lebih-lebih lagi jika pintu tersebut menghadap ruang tamu. Pastikan saiz perabot bersesuaian dengan ruangan bilik dan pilih almari yang mempunyai ruang stor yang lebih fleksible dan luas.
3. Wallpaper dinding
Jika anda ingin memasang wallpaper pada dinding bilik, pilih kemasan yang lembut dan ringkas. Elakkan corak terlalu sarat kerana ia akan menjadikan suasana kamar menjadi sesak dan tidak menarik.
4. Warna langsir
Padankan warna langsir dengan warna dinding dan juga cadar. Jika bilik tidur utama anda kecil, pilih langsir polos atau corak motif yang lebih kecil.
5. Penggunaan cadar
Pilih corak cadar yang sesuai dengan konsep ruang bilik tidur utama anda. Gunakan cadar yang lebih polos dan natural kerana ia akan membuat bilik tidur utama anda lebih kemas dan tenang.
6. Dekorasi dinding
Jika dinding kosong, letak sedikit hiasan deko yang menarik seperti frame bunga atau gambar perkahwinan di atas kepala katil atau mana-mana tempat yang sesuai. Frame besar akan menjadi titik tumpu untuk sesebuah bilik. Elakkan letak di sekeliling bilik, lebih-lebih lagi pada bilik yang kecil.
7. Bau-bauan, udara dan pencahayaan
Letakkan penyegar dan haruman yang mampu membuat bilik anda terasa nyaman dan segar. Jangan biarkan bilik anda terkedap tanpa sebarang pencahayaan. Sesekali buka tingkap atau pintu untuk pengaliran udara dan cahaya yang baik.