Tips Penting Cat Rumah Supaya Tahan Lebih Lama

Ditulis oleh

Jika sebelum ni Giler Deco ada kongsikan beberapa teknik penting cara mengecat dengan betul iaitu teknik W dan teknik M. Perkongsian kali ini pula adalah mengenai 6 tips penting untuk kekalkan cat rumah supaya tahan lebih lama.

Anda pasti pernah mengalami cat rumah anda merekah bukan? Hal ini terjadi kerana anda tersalah teknik yang betul untuk mengecat rumah. Masalah yang anda seringkali berlaku adalah cat tersebut tidak tahan lama dan ianya mula merekah seawal tiga bulan dari waktu mengecat rumah.

Untuk mengatasi masalah ini, anda perlulah mengetahui beberapa tips untuk kekalkan cat rumah anda supaya tahan lebih lama. Apakah tips-tips yang perlu titik beratkan sepanjang proses mengecat berlaku? Jom kita sama-sama ikuti perkongsian ini.

Tips Penting Kekalkan Cat Rumah :

 

1. Perkakas Cat Rumah Hendaklah Dalam Keadaan Lengkap.

Sebelum memulakan sebarang aktiviti mengecat, ada baiknya jika anda ke kedai hardware dan membeli beberapa peralatan asas mengecat bagi kelancaran proses mengecat rumah anda. Banyak orang yang terlepas pandang bahawa asas untuk kesempurnaan cat rumah terletak pada perkakas mengecat anda.
Antara perkakas mengecat rumah yang perlu adalah :
  • Cat.

corak cat dinding ruang tamu

  • Bekas Cat.

corak cat dinding ruang tamu

  • Roller.

corak cat dinding ruang tamu

  • Brush

  • Surat khabar lama.
  • Kain Mengelap.

 

2. Lapisan Dinding Rumah Hendaklah Dalam Keadaan Licin dan Bersih.

Pastikan lapisan dinding yang bakal anda cat tersebut bersih dari sebarang habuk dan kotoran. Gunakan surat khabar lama mahupun kain basah bagi melicinkan permukaan dinding tersebut. Sekiranya terdapat bonggolan kecil akibat dari cat lama, anda perlu mengikis dinding tersebut terlebih dahulu dengan menggunakan scrapper.

Dan jika terdapat lubang pada dinding, maka tutuplah lubang tersebut dengan filler terlebih dahulu. Pastikan anda dinding dalam keadaan rata dan kemas. Untuk impak lebih baik, gunakan filler yang dijual di kedai hardware ataupun di kedai DIY dengan harga serendah RM8 sahaja.

corak cat dinding ruang tamu

3. Gunakan Sealer Cat.

Apabila anda telah selesai membersihkan dinding, adalah lebih bijak jika anda menggunakan cat sealer bagi membuat lapisan sebelum mengecat supaya hasilnya nanti lebih tahan lama. Untuk kekemasan yang maksimum, anda digalakkan untuk mengecat sealer dari hujung dinding terlebih dahulu. Gunakan brush pada peringkat awal di bahagian tepi dinding.
Selepas itu, gunakan rollerpada bahagian tengah dinding. Teknik ini terbukti lebih praktikal, cepat dan memudahkan anda.
Ramai sekali orang yang tidak tahu kelebihan menggunakan sealer cat ini. Sealer cat ini membantu dari sudut:-
  • Lapisan perlindungan asas sebelum cat utama.
  • Berfungsi sebagai ejen pelekat cat utama pada dinding.
  • Cat akan bertahan lama apabila melekat dengan betul pada dinding.
  • Salah satu cara mengelakkan cat menjadi lapuk dan luntur.

corak cat dinding ruang tamu

4. Tekanan Pada Roller Cat.

Kesilapan umum ramai orang dalam mengecat rumah ialah mereka tidak meletakkan tekanan roller dengan betul pada permukaan dinding dan mengakibatkan cat menjadi tidak rata. Cara yang betul ialah dengan menekan sedikit roller cat pada dinding tersebut agar lapisan cat menjadi lebih sekata.

5. Lebihan Cat Yang Terjatuh.

Min yakin yang pasti akan berlaku tumpahan cat pada lantai mahupun jubin. Oleh yang demikian, anda perlu bersihkan cat tersebut dengan baik. Sekiranya cat dalam keadaan basah, maka gunakanlah kain basah dan lapkan. Sekiranya cat dalam keadaan kering, maka sentallah menggunakan scrapper tetapi jangan sehingga merosakkan lantai atau jubin rumah.

6. Cat Warna Kesukaan Anda.

Mulakan aktiviti mengecat dinding rumah anda dengan pemilihan warna yang betul, jenis, jenama dan kuantiti cat. Dikhuatiri jika terkurang cat maka dinding anda akan kelihatan berlapuk dek tidak cukup cat. Terdapat banyak jenis cat di pasaran dan anda disarankan untuk mengambil cat yang kurang berbau dan anti-mosquito bergantung kepada bajet anda.
Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada anda semua yang ingin untuk mengecat rumah anda.
Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Oktober 14, 2020
Dikemaskini pada
Oktober 14, 2020

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram