5 Tips Penting Penjagaan Kabinet Dapur Rumah Mudah Dan Simple

Ditulis oleh

Secara umumnya, ruang dapur ataupun lebih dikenali sebagai ruang memasak berfungsi sebagai tempat penyimpanan barangan keperluan harian kita seperti perkakas dapur, ruangan memasak dan lain-lain. Untuk menyimpan barang barang tersebut, sudah pasti dapur anda akan kelihatan lebih padat dengan pelbagai barang yang terdapat dalam ruang dapur anda. Perkongsian kali ini adalah mengenai 5 tips penting penjagaan kabinet dapur rumah mudah dan simple.

Justeru itu, bagi menghasilkan ruangan dapur yang lebih kemas dan lebih sistematik, kabinet dapur sangat memainkan peranan yang agak penting. Hal ini kerana, dengan adanya kabinet dapur ini mampu untuk kita menyimpan pelbagai perkakas dapur dan barangan memasak di dalam kabinet tersebut.

Namun buat anda yang sudahpun mempunyai kabinet dapur tetapi tidak tahu cara untuk menghiasi untuk menghiasi agar tidak kelihatan begitu bosan dan kosong tanpa barang-barangan memasak. Jangan risau, saya akan kongsikan beberapa tips penting dalam penjagaan kabinet dapur kita agar kelihatan lebih cantik dan lebih berseri-seri. Tips ini telah dikongsikan oleh Puan Anis Syuhada

Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau

Tips Penting Dalam Penjagaan Kabinet Dapur Rumah :

Anis ada terbaca post macam mana nak serikan dapur walaupun sudah buat kabinet cantik nampak tak ada seri?

Tips Dapur Segar :

 

1. Kena ada aksesori tambahan paling mudah dapat dekat IKEA. Ada contoh yang kita boleh ikut mengikut keperluan dan bajet.

kabinet dapur simple2. Minimakan susunan diatas table top contohnya botol kicap, botol sos dan botol minyak pastikan berada dalam pull rack atau kabinet. Jangan longgok semua atas table top.

kabinet dapur simple3. Fungsi kabinet ialah untuk simpan barang-barang diruang atas dan bawah. Maka rugi kalau anda tidak manfaatkan cabinet yang mencecah ribuan ringgit kalau anda tidak simpan dengan barangan dapur.

kabinet dapur simple4. Sebelum membeli balang untuk kunyit, garam dan gula, pastikan ada tema bersesuaian dengan warna cabinet. Jangan campur adukkan pelbagai balang nanti jadi caca marba.

kabinet dapur simple5. Wajib bersihkan selepas masak!

Walaupun kita rajin masak macam mana pun sebab penjagaan kebersihan amat penting untuk mengekalkan seri dapur kita.

 

Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi pada kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam menjaga dapur rumah anda.

 

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
September 7, 2020
Dikemaskini pada
September 7, 2020

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram