Buat anda yang masih tercari-cari idea nak design bilik tidur anak anda agar mereka lebih suka tidur di bilik tidur mereka daripada tidur di bilik ibu bapa mereka. Disini ingin kongsikan beberapa tip penting bagi para ibu bapa yang berkeinginan untuk menghiasi bilik tidur anak-anak mereka. Mungkin selepas ini, anak-anak anda akan lebih gemar untuk tidur dalam bilik sendiri berbanding tidur bersama ibu bapa. Perkongsian kali ini adalah mengenai 5 tips mudah design bilik tidur anak kecil.
Tips ini dikongsikan oleh Ben Firdaus Azraai di mana beliau ada berkongsikan beberapa tip yang menarik untuk diikuti. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripadanya.
5 Tips Mudah Design Bilik Tidur Kanak-Kanak :
Tip-Tip Yang Menarik :
- Pilih warna dinding yg neutral seperti light gray dan juga nippon paint sparkle silver ntuk feature wall. Ini kerana utk menhasilkan keselesaan yg lebih seimbang sebab ada 3 org akan duduk dalam satu bilik jadi ianya lebih adil dan cantik.
- Bina satu sudut dengan idea yang sedikit comel seperti wall art atau pun menggunakan bingkai gambar dengan elemen yg sesuai untuk si cilik.
- Beberapa pokok atau bunga yang segar mampu memberikan elemen segar dan teraputik dalam ruang anda.Walaubagaimanapun pastikan anda semua tiada alahan terhadap tumbuhan yang dipilih. (Saiz yang sederhana sudahpun mencukupi).
- Elakkan perkakas yg mudah memerangkap habuk. Pastikan ianya kemas dan bersih.
- Pencahayaan perlu pastikan tidak terlalu terang supaya memberi keselesaan serta praktikaliti buat anda sebagai ibu bapa dan juga si anak kecik.
Selamat mencuba dan Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.