5 Bahan Mudah Untuk Bilik Air Penuh Daki Dan Berlumut

Ditulis oleh

Kerja membersihkan rumah terutamanya bilik air bukanlah sesuatu yang menyenangkan. Namun, setiap daripada kita pastinya perlu melakukan tugasan tersebut jika tidak mahu melihat daki-daki dan lumut yang menempel pada jubin lantas bilik air.

Anda seharusnya bijak dengan mengetahui langkah mudah menggunakan bahan yang ada di rumah anda untuk membersihkan jubin bilik air tanpa perlu menyental.

Ini beberapa tips bahan mudah bilik air berlumut kami kongsikan kepada anda dengan hanya menggunakan 5 bahan mudah tanpa perlu menyental

5 Bahan Mudah Untuk Bilik Air Penuh Daki Dan Berlumut

 

1.Baking SodaBahan ini memang diakui mempunyai pelbagai manfaat selain digunakan sebagai bahan masakan. Campurkan baking soda dengan sedikit air sehingga menjadi seperti pes dan sapukan di dinding atau bilik air.

Biarkan selama 15 minit dan gosok antara celah-celah jubin tersebut sehingga kotoran degil hilang kemudian bilas dengan air. Anda juga boleh menaburkan baking soda di kawasan yang ingin dibersihkan dan terus menggosok sebelum membilas sehingga bersih. Lagi mudah dan cepat!

2. Cuka pelbagai guna
Mungkin ramai yang tidak mempercayai bahawa cuka sebenarnya boleh dijadikan bahan pencuci yang berkesan tanpa perlu menggosok langsung.

Cara-caranya adalah dengan larutkan cuka dengan sedikit air dan semburkan pada mangkuk tandas, penutup mangkuk tandas dan juga kawasan yan terlindung. Biarkan tempat semburan tersebut selama satu malam atau beberapa jam sebelum membilas bersih.

3. PelunturAgen pencuci dengan bahan peluntur juga boleh digunakan sebagai bahan berkesan untuk membersihkan kotoran degil yang terdapat pada tandas anda.

Anda boleh memilih bahan peluntur mengikut mana-mana jenama anda suka untuk digunakan sebagai pencuci bilik air.

Namun, terdapat beberapa jenis bahan peluntur yang mempunyai bau kuat yang boleh agak mengganggu. Untuk mengelakkan perkara sedemikian berlaku, anda boleh mengurangkan bau peluntur dengan menyembur lemon bersama campuran air.

4.Bilas dengan air suam
Penggunaan air suam mampu meningkatkan lagi keberkesanan sabun pencuci atau agen pencuci yang digunakan. Setelah anda mencuci dinding bilik air atau kawasan yang sukar untuk dicapai, bilas dengan sebaldi air suam sehingga bersih. Air suam juga berkesan jika dicurahkan di dalam sinki dan juga tab mandi.

Kesemua petua ini tidak akan berguna sekiranya anda tidak mempraktikkan atau mencuba salah satu daripada tips yang telah dikongsi. Anda boleh gunakan apa cara sekalipun untuk memastikan bilik air anda sentiasa nampak bersih daripada sebarangan kotoran.

Selamat mencuba!

Kredit : amazingnara

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
September 29, 2020
Dikemaskini pada
September 29, 2020

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram