14 Dekorasi Bilik Tidur Tema Pastel Yang Cantik

Ditulis oleh

Waktu  membesar adalah waktu paling penting untuk perkembangan otak dan diri kanak-kanak. Dalam tahap perkembangan ini , kanak-kanak akan lebih banyak belajar perkara baru untuk perkembangan otak mereka. Jadi sebagai ibu-bapa ,pastinya anda inginkan suasana terbaik untuk perkembangan anak-anak anda.

Ibu bapa memberi penekanan di dalam aspek keselesaan dan dekorasi yang bertepatan dengan ‘jiwa’ anak-anak untuk membuatkan mereka tidak merasa bosan apabila mendiami ruang tersebut. Pemilihan dekorasi bilik tidur pastel juga perlu bersesuaian dengan konsep dan rona warna untuk anak perempuan dan lelaki.

Susunan perabot dan kelengkapan di dalam bilik disamping pemilihan warna yang betul boleh mempengaruhi emosi dan kelakuan anak-anak semasa proses mereka membesar dan belajar. Kami kongsikan kepada anda idea dan inspirasi bilik tidur dengan rona warna pastel dan lembut yang tidak terhad kepada bilik anak perempuan tetapi juga sesuai untuk bilik anak lelaki anda.

Dekorasi Bilik Tidur Pastel

[foogallery id="5226"]

Pasti anak-anak anda amat menghargai usaha anda untuk membuat dekorasi sebegini. Semoga bermanfaat!

Susunan Bilik Tidur Yang Betul

Apabila anda mempunyai bilik tidur sendiri, pastinya akan teruja kan? Jadi untuk maksimum lagi dekorasi bilik anda, pastikan susunan bilik itu betul. Antaranya ialah :-

  • Katil dirapatkan ke dinding agar ruang tengah akan nampak lebih luas.
  • Perabot yang lain rapatkan dan diletakkan berhampiran dengan katil.
  • Pastikan katil berada bertentangan dengan pintu

Pasti anak-anak anda amat menghargai usaha anda untuk membuat dekorasi sebegini. Semoga bermanfaat!

Kredit : Pinterest

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
November 17, 2020
Dikemaskini pada
November 17, 2020

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram