Tiada yang mahu membayar kos yang mahal dalam membina sebuah rumah. Tetapi hanya yang pakar tahu cara untuk mengurangkan kos. Perkongsian Giler Deco kali ini adalah mengenai 12 langkah membina rumah kos rendah.
Di bawah adalah beberapa tips untuk untuk membina rumah dengan kos yang murah tetapi masih mengikut citarasa dan kemahuan anda.
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian ini.
12 Langkah Membina Rumah Kos Rendah :
1) Apa kata anda berkongsi membeli tanah yang lebih luas dengan kawan-kawan atau saudara mara dan membuat proses pecah lot. Tanah yang lebih luas dan sedikit mahal, sekiranya dipecah lot akan dapat harga per lot yang lebih murah. Contohnya tanah seluas 12 000 kaki persegi dengan harga RM120 000. Jika dipecah lot akan dapat 2 lot dengan harga sekitar RM65 000 per lot.
Langkah 2 :
2) Atau pertimbangkan lot tanah yang bermasalah seperti tanah yang perlu ditambun atau tanah ditepi bukit. Tanah seperti ini biasanya tidak mendapat sambutan dan harga yang ditawar pun mungkin lebih rendah. Dengan bantuan rekabentuk arkitek dan kontraktor anda mungkin dapat membina rumah yang menarik dan selesa dengan kos tanah yang rendah.
Langkah 3 :
3) Atau tanah yang jauh dari jalan utama. Tanah-tanah sebegini mungkin lebih murah berbanding dengan tanah yang berdekatan dengan jalan utama.
4) Gunakan barang-barang yang kos penyelenggaraan rendah contohnya atap konkrit. Walaupun kosnya mahal semasa pembinaan tetapi tiada kos tambahan untuk penyelenggaraan kerana ianya tahan lama.
5) Membeli barang-barang terpakai seperti kayu daripada rumah lama, bata terpakai dan barang-barang lain yang dalam proses pembangunan semula. Kadang-kadang bahan-bahan seperti ini tidak perlu dibayar pun kecuali kos pengangkutan dan tenaga buruh. Cuma kena pastikan kualitinya boleh digunakan lagi sebelum membeli dan mengambilnya dengan kebenaran tuannya.
6) Berbelanja untuk perkara yang betul-betul perlu sahaja tetapi tidak mengganggu struktur utama rumah seperti tiang, pintu, jendela.
Langkah 7 :
7) Saiz rumah jangan terlebih daripada skala kejiranan kerana ini tidak menjamin nilai rumah meningkat. Ini kerana penilaian adalah berdasarkan purata harga rumah di sekitar.
Langkah 8 :
8) Membuat pengawasan semasa kerja-kerja pembinaan berjalan bagi memastikan kerja mengikut spesifikasi yang dipersetujui. Ini termasuklah kerja-kerja hiasan dan struktur utama. Sekiranya kontraktor dan anda telah mempersetujui spesifikasi tersebut, jangan sesekali berlembut untuk menukar jenama yang lain tanpa pengurangan kos yang sepatutnya.
9) Hanya melantik kontraktor berlesen dan berpengalaman serta mempunyai perhubungan dengan pembekal dan sub kontraktor sahaja kerana ini adalah sesuatu yang tidak dapat diperolehi dalam tempoh masa yang singkat.
10) Cuba elakkan kos penyediaan tapak contoh membuang tanah lembut, pokok-pokok dan membuang batuan besar yang mungkin melibatkan kos yang tinggi dan masa yang lama. Pilihlah tapak yang mudah dan mampu dan boleh di ubahsuai kemudian hari.
11) Elakkan menukar spesifikasi rumah semasa rumah sedang dalam pembinaan kerana ini akan meningkatkan kos yang besar dan masa yang lebih lama. Buatlah keputusan yang muktamad sebelum proses pecah tanah dilakukan.
12) Sekiranya anda inginkan lantai ceramic atau kayu tetapi tidak mampu pada masa sekarang, anda boleh mempertimbangkan lantai vinyl. Ini kerana ianya boleh di tukar kepada lantai ceramic atau kayu pada masa akan datang dengan senang