Projek Ubahsuai Bahagian Table Top Agar Lebih Cantik

Ditulis oleh

Ingin melakukan bahagian table top pada bahagian dapur rumah anda namun ragu-ragu untuk membuatnya? Jangan di risau atau ragu-ragu untuk membuat table top kerana ianya mampu menaikkan seri ruangan dapur anda dan juga mampu memberikan anda ruang tambahan untuk meletakkan barang dapur.

Seperti yang dikongsikan oleh Waniey Comey ini mengenai proses ubahsuai dapur biasa dipasang sebuah table top yang cantik. Melihat kepada perkongsian tersebut, dapur lama milik Waniey Comey berubah 100% dari rupa yang lama sehingga kelihatan cantik dan berseri.

Ingin mengetahui bagaimana ubahsuai ini dilakukan dan bagaimana hasil akhir table top ini? Jom kita tengok perkongsian milik Waniey Comey ini agar ia menjadi sebuah inspirasi untuk anda.

Projek Ubahsuai Bahagian Table Top Didapur Agar Kelihatan Lebih Cantik & Elegan

Assalamualaikum. Idea dan deco totally by en suami. Tiada konsep tertentu. Cukup sekadar kemas dan sejuk mata memandang.

Projek nie makan mase sebulan jugak lah. Siap sepenuh nye 18/6. Kire hadiah birthday tahun nie la.

Ubahsuai Table Top Yang Dilakukan Untuk Dapur Yang Lama 

Inilah dia rupa dapur rumah milik Waniey yang lama ini. Sememangnya bersepah sebelum projek ubahsuai ini dilakukan. Datang idea untuk melakukan sebuah table top pada bahagian ini.

 Bahagian Table Top

Berikut merupakan pandangan awal bagaimana untuk melakukan table top pada kawasan dapur ini.

Proses ubahsuai ini sedang dilakukan berdasarkan pandangan awal ini. Pada masa ni smeua berjalan dengan lancar.

Beralih pula kepada bahagian memasang mozek yang baharu.

 Bahagian Table Top

Untuk bahagian dapur ni memang sesuai meletakkan lampu gantung ini. Ramai yang cadangkan untuk beli dan letakkan lampu di dapur untuk menambahkan lagi seri bahagian ini.

 Bahagian Table Top

Proses yang terakhir sekali adalah mengecat warna kegemaran iaitu warna ungu pada bahagian table top ini. Sememangnya warna ni memberikan warna yang lembut dan tenang untun dapur.

Hasil Akhir Ubahsuai Bahagian Dapur Dilakukan Ini

Tadaaa! Inilah dia hasil akhir projek ubahsuai yang dilakukan ini. Sememangnya sangat berpuas hati kerana dari dulu sebuah dapur yang biasa kini berubah wajah menjadi sebuah dapur table top yang cantik.

 Bahagian Table Top

 Bahagian Table Top

Sumber : Waniey Comey

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 28, 2022
Dikemaskini pada
Februari 28, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram