Idea Deco Rumah Flat Kos Rendah Dari Pencinta Ikan Laga

Ditulis oleh

Setiap pemilik rumah menginginkan dekorasi rumah mengikut citarasa yang tersendiri. Lain orang, lain cara penghasilan deco dan konsepnya. Seperti yang dilakukan oleh pemuda ini yang bernama Azhar Nordin. Beliau berkongsikan idea deco rumah flat kos rendah berkonsepkan koleksi ikan laga.

Disebabkan hobi dan minat mendalam dalam membela ikan laga, beliau mewujudkan satu tempat pada bahagian ruang tamu hanya untuk dijadikan sudut koleksi ikan peliharaan sahaja. Pasti kalau dilihat ianya seperti tempat menjual ikan laga, tetapi tidak. Ini adalah hanya untuk koleksi peliharaan sahaja dan untuk kepuasan diri sendiri.

Jadi jom kita ikuti perkongsian yang menarik dan deco unik dihasilkan oleh pemuda ini.

Idea Deco Rumah Flat Kos Rendah

 

Deco rumah flat berkeluasan 689sqft low cost kawasan Bukit Indah Johor Bharu.

Dalaman pula mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Deco rumah mengikut gaya dan hobi sendiri.

 

Rumah flat yang di diaminya adalah jenis kos rendah yang terletak di Bukit Indah, Johor Bharu.

Keadaan ruang tamu sebelum diubahsuai.

Pandangan dari sudut lain ruang tamu sebelum diubahsuai.

Keadaan ruang tamu setelah diubahsuai. Sangat unik bukan? tempat duduk ruang tamu divariasikan pada bahagian bawah tempat duduk untuk meletakkan ikan laga pada ruang tersebut.

Ini pula bahagian ruang makan. Rak pada bahagian dapur juga dihias dengan ikan laga.

Pada bahagian sudut dinding ruang tamu, koleksi ikan laga disusun dengan kemas diatas rak tersebut.

Jenis ikan laga yang dibela.

Keadaan laluan ke bilik sebelum diubahsuai.

Laluan ke bilik setelah selesai diubahsuai dengan dekorasi yang simple tapi menarik.

Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk dijadikan sumber inspirasi.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 16, 2022
Dikemaskini pada
Januari 16, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram