DIY Blue Accent Wall Dengan Anggaran Modal RM180

Ditulis oleh

Dekorasi dan juga kecantikkan sesuatu rumah kadang-kadang terletak kepada corak pada dinding rumah anda. Samaada dinding yang bercorakkan dinding abstrak, dinding wainscoting atau juga dinding accent yang semakin menjadi kegilaan ramai.

Seperti yang dilakukan oleh Mazlan Nurul ini, beliau telah melakukan sebuah projek DIY Blue Accent Wall yang nampak kemas, cantik dan menarik. Projek tersebut dilakukan sempena lockdown Perintah Kawalan Berkurung (PKP) ini.

Beliau telah berkongsikan projek diy blue accent wall tersebut didalam sebuah laman media sosial Facebook. Perkongsian tersebut juga mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Jadi, jika anda berminat bagaimana beliau lakukan ini. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

DIY Blue Accent Wall Yang Kemas & Cantik Bermodalkan RM180

Saya nak kongsikan langkah - langkah DIY accent wall dengan anggaran modal lebih kurang rm180+ ( tanpa cat) yang dibuat oleh husband sebagai hadiah untuk saya.

First time dia buat ni, kami dapat info dari group deko, pintrest dan youtube. Untuk penerangan langkah satu persatu, sila rujuk gambar tau.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :-

Proses Membuat Pengubahsuai Accent Wall

Sebelum mula sketch dulu untuk plan, supaya boleh agak berapa banyak kayu yang perlu. Saya submit proposal sketch kat husband.

DIY Blue Accent Wall

Disebabkan warna yang digunakan untuk wall ni gelap dan warna cat asal cerah, cat satu layer dulu. Kalau cerah sama cerah tak payah cat pun tak apa.

Esoknya cat dah kering, lekat masking tape nak agak2 berapa banyak kayu nak pakai. Dah ada measurement potong kayu. Pakai sesiku L untuk dapat sudut 45 darjah yang tepat bagi menyambungkan kayu.

DIY Blue Accent Wall

Start tampal kayu. Husband mulakan dengan border 4 penjuru. Lepas dah gam tu letak masking tape sbb takut kayu jatuh. Boleh juga paku, kalau nak lebih kukuh.

Biar semalaman tampal kayu. Husband mulakan dengan border 4 penjuru.Lepas dah gam tu letak masking tape sbb takut kayu jatuh. Boleh juga paku, kalau nak lebih kukuh.

Isi sambungan/pertemuan antara kayu dengan kayu mengunakan wood filler sampai nampak sekata.. Kalau menggerutu jangan risau nanti gosok guna kertas pasir jadi cantik. Kalau paku, tampal permukaan yang dipaku tu dengan wood filler.

DIY Blue Accent Wall

Bila dah kering, gosok semua kayu pakai kertas pasir. Mulakan dengan yang kasar kemudian yang halus. Kalau tak halus nanti bila dah cat tak cantik.

Gosok sambungan kayu yang dah ditampal dengan filler dan sealant supaya licin dan sekata. Lepas tu lap bersih-bersih.

Ni la spacer tu

Kod warna cat yang saya gunakan untuk mengecat accent wall.

Hasil Akhir DIY Accent Wall Yang Cantik 

DIY Blue Accent Wall

Accent wall ni kat living room.

DIY Blue Accent Wall

Sumber : Mazlan Nurul

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Ogos 7, 2021
Dikemaskini pada
Ogos 7, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram