Dekorasi Ruang Solat Kecil Yang Cantik Dilakukan Di Rumah

Ditulis oleh

Setiap ruang disetiap rumah ini perlu adanya sebuah ruang solat kecil yang cantik dengan dekorasi yang mampu menaikkan seri ruangan tersebut. Dengan adanya ruang khas solat ini, kita dapat solat dengan tenang serta tetamu yang datang juga dapat solat daripada gangguan suara yang bising.

Jom kita tengok perkongsian daripada Siti Qisamni ini mengenai sebuah dekorasi ruang solat kecil yang cantik dilakukan oleh beliau. Hasil tersebut telah pun dikongsikan di dalam sebuah grup facebook iaitu Kami Suka Deko Bajet. Mana tahu boleh dapat inspirasi daripada perkongsian beliau ini untuk melakukan deko ruang solat ini.

Wanita Ini Kongsikan Dekorasi Ruang Solat Kecil Di Rumah Beliau Yang Kelihatan Cantik

Alhamdulillah. Dari jaman dulu selalu berangan nak ada satu mini surau dalam rumah..kecil pun takpe,bajet pun takpe.

Deep dengan kata kata ustaz ustazah jika diizinkan ujud kan lah satu ruang ibadah didalam rumah kerana ada keberkatan.

Semoga deco simple ini memberi inspirasi kpd yang lain untuk cipta sudut ruang solat walau pun kecil INSHALLAH.

Deko dan Hasil Ruang Solat Kecil Sebelum Dan Selepas

Ini merupakan gambaran ruang solat kecil kami sebelum apa-apa deko dilakukan. Masa ni sedang melakukan proses wainscoting pada dinding tersebut. Gambar ni jer yang ada masa melakukan dekorasi pada ruangan ini.

Dekorasi Ruang Solat Kecil

Inilah dia pula gambara ruang solat kecil kami ini yang dihiasi dengan macam-macam deko yang cantik.

Dekorasi Ruang Solat Kecil

Jam dinding azan ni sangat best. Jam dinding ni boleh beli di Shopee jer.  Sebelom masuk azan akan ada bacaan al-quran dan zikir. Sangat tenang.

Dekorasi Ruang Solat Kecil

Dekorasi Ruang Solat Kecil

Warna biru yang dipiih untuk bahagian solat ini adalah warna biru ini dapat memberikan ketenangan kepada kita semua.

Dekorasi Ruang Solat Kecil

Sumber : Siti Qisamni

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 16, 2022
Dikemaskini pada
Januari 16, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram