Cara Menjaga Pokok Money Plant (Pothos)

Ditulis oleh

Pokok pothos atau dikenali sebagai pokok money plant adalah antara pokok yang mudah dijaga dan dibiakkan. Ia boleh hidup pada dua keadaan iaitu di dalam rumah dan di luar rumah. Sifatnya yang boleh hidup dengan penjagaan dan cahaya matahari yang sedikit menjadikannya salah satu pokok yang boleh diletakkan di dalam rumah. 

Secara amnya, pokok ini mempunyai sebanyak 20 variasi dan boleh dibiakkan melalui rendaman keratan ke dalam air atau ditanam terus ke tanah.

Penempatan

Pokok pothos ialah tumbuhan di dalam rumah yang cantik dengan daun bujur yang tahan lasak. Pokok ini merupakan salah satu tumbuhan yang menjadi kegilaan ramai orang kerana ia mudah dijaga dan boleh berkembang mengikut acuan yang kita mahu. Ia juga boleh hidup dengan keadaan cahaya yang lebih rendah.

Pokok money plant tumbuh lebih subur dalam cahaya terang tetapi bukan secara langsung. Namun, tumbuhan ini harus ada pencahayaan dan ia juga boleh menyesuaikan diri dengan cahaya rendah dan sederhana tetapi pertumbuhannya akan menjadi perlahan. Ia juga boleh menyesuaikan diri dengan lampu pendafluor. 

Money plant amat sesuai diletakkan di ruang tamu dan di pejabat.

Kredit: etsy.com
Tips: 

Pothos adalah eksotik invasif kategori II di Florida dan tidak boleh ditanam di atas tanah tanpa pasu atau bekas.

Penyelenggaraan rutin

Sentiasa menilai keperluan penyiraman pokok pothos anda dan sebaiknya sebelum menyiram, semak tahap lembapan di dalam tanah terlebih dahulu untuk memastikan ia tidak lembap di bawah permukaannya. Padatkan tanah dahulu sebelum siram untuk mengelakkan peralihan semasa transit jadi pengudaraan boleh membebaskan kelembapan. 

Dalam pencahayaan terang, siram pokok pothos apabila tanah telah kering tetapi bukan sepenuhnya. Manakala dalam pencahayaan rendah dan sederhana, sebaiknya biarkan tanah kering sepenuhnya tetapi jangan biarkan pokok itu kering untuk tempoh yang lama. Untuk mengetahui bila pokok pothos anda memerlukan air adalah apabila dedaunan mula layu dan lebih baik terus siram sebaik sahaja ia mula layu bukan selepas ia luruh. Pastikan anda sentiasa memantau kelembapan tanah pokok pothos.

Buang daun-daun layu supaya ia dapat berfotosintesis dengan baik dan periksa bahagian bawah daun dan perhatikan sekiranya ada perosak. Putar tumbuhan anda secara berkala untuk memastikan bahagian tumbuhan menerima jumlah cahaya yang sama.

Kredit: Elvis Ripley

Bagaimana ingin merawat pokok money plant yang kekuningan?

Biasanya kekuningan berlaku kerana lebihan atau kekurangan air. Jika anda melihat gabungan warna kuning dan coklat pada daun yang sama, ia berkemungkinan disebabkan terlalu banyak air. Namun, jika anda perasan ada daun kuning dan ada daun yang berbintik coklat, puncanya kekurangan air. Pastikan anda sentiasa memeriksa kelembapan tanah supaya pokok money plant anda tidak kekuningan.

pokok money plant

Terdapat tompokan coklat pada daun pokok pothos. Adakah itu normal?

Ya. Ini dipanggil akar udara (aerial roots) dan ia adalah normal. Secara semula jadi, inilah yang membantu memberi sokongan kepada tumbuhan dan juga membolehkan ia memanjat dan mencapai lebih banyak cahaya.

Adakah saya patut letak pokok money plant dalam air atau di tanah?

Pothos mampu menyesuaikan diri dalam kedua-duanya. Ia mampu tumbuh dengan baik jika ia direndamkan sepenuhnya di dalam air yang tulen dan tak perlu air tapisan yang khas. Jika ia ditanam di dalam tanah, tanah kering yang biasa sudah mencukupi.

Kredit: cikmatahariku.blogspot.com

Bagaimana saya boleh melatih pokok money plant untuk menjalar atau 'trellis'?

Balut perlahan-lahan dan anyamkan pokok pothos di atas pancang atau ‘trellis’, ikat tumbuhan tersebut dengan tali jika perlu tetapi tidak terlalu ketat. Teruskan menjaga tumbuhan seperti biasa tetapi semburkan kabus pada tumbuhan tersebut untuk menambahkan kelembapan supaya dapat meningkatkan pengeluaran akar pada sepanjang pokok pothos yang akan melekatkan pada pancang atau ‘trellis’. Akhirnya, tumbuhan itu akan tumbuh ke atas dengan sendirinya dan boleh buka ikatan tali sekiranya anda mahu.

Kredit:cikmatahariku.blogspot.com

Pothos saya sudah terlalu tua. Apa yang saya boleh lakukan?

Anda boleh ‘trim’ pokok pothos tersebut kerana ia dapat sangat mudah untuk dikendalikan. Anda juga boleh menanam pokok anda dengan meletakkan keratan akar di dalam air. Anda boleh tinggalkan ia di dalam air atau pindahkan keratan ke tanah apabila akar tumbuh dengan lebih besar.

Bagaimana untuk mengetahui sekiranya pokok saya mempunyai akar yang reput?

Reput akar berlaku disebabkan oleh terlalu banyak air dan akan akar mati kerana kekurangan oksigen. Ia juga boleh reput disebabkan oleh kulat yang hidup di dalam tanah yang mungkin tumbuh secara tiba-tiba akibat terlalu banyak air. Tanda yang jelas bahawa pothos anda mengalami reput akar ialah apabila daunnya perlahan-lahan akan mula layu dan kuning walaupun tanahnya lembap atau jika anda memeriksa akar, ia mungkin berasa basah dan kelihatan tompokan warna coklat atau hitam. Jika anda mengesyaki pokok money plant anda mengalami reput akar, jangan siram terlalu banyak air.

Bagaimana untuk menangani reput akar?

Kaedah yang paling berkesan adalah dengan mengurangkan kelembapan tanah dan hanya sediakan air yang mencukupi untuk memenuhi keperluan air tumbuhan tanpa menyebabkan keadaan kemarau yang tertekan atau terlalu banyak air.

Apa yang boleh saya gunakan untuk merawat reput akar?

Apabila tanah telah kering sepenuhnya, siram tumbuhan dengan hidrogen peroksida (1 cawan H2O2 untuk setiap 1 gelen air). Hidrogen peroksida (H2O2) mempunyai lebih satu oksigen daripada molekul air dan menyebabkan pengoksidaan. Sesetengah bakteria dan kulat tidak dapat hidup dalam persekitaran teroksida (aerobik) dan lebih suka dalam keadaan anaerobik.

Berapa kerapkah pokok pothos mesti dibajakan?

Jika ditanam di atas tanah, hanya menggunakan pelet baja dengan pelepasan yang perlahan (slow-release) sahaja untuk setiap bulan sudah memadai manakala jika ia diletakkan di dalam air, larutkan satu sudu makan baja di dalam air tersebut. Walau bagaimanapun, pertumbuhan akan terbantut walaupun dibaja dengan kerap jika anda kurang menyiramnya. Namun, ia juga boleh terbantut disebabkan oleh serangga perosak seperti pepijat dan hama labah-labah.

Berapa kerapkah pokok pothos saya perlu dipot semula?

Untuk pokok money plant yang kecil, anda boleh pot semula setiap 12-18 bulan sekali manakala untuk pokok yang besar setiap 18-24 bulan sekali. Untuk membolehkan pokok membesar dengan baik, anda boleh memilih pasu berdiameter 1”- 2”(pokok bersaiz kecil) dan 2”- 4” (pokok bersaiz besar) lebih besar daripada pasu sebelum ini. Jangan pilih pasu yang terlalu besar daripada yang sebelumnya kerana ia boleh menggelamkan akar tumbuhan. Musim panas adalah masa yang sesuai untuk repot kerana tumbuhan ini pada tahap yang paling kuat.

Nota tambahan: 

Pokok pothos adalah sangat bahaya dan beracun kepada haiwan peliharaan dan anak-anak kecil. Pastikan anda meletakkannya di tempat yang selamat dan jauh daripada mereka agar mereka tidak menelan atau mengunyah daun-daunnya. Gejala yang mungkin akan dihadapi oleh anak kecil jika mereka memakannya adalah pembengkakan mulut, bibir dan lidah, kesukaran bercakap atau menelan, muntah, mual dan cirit-birit.

Pokok pothos tahan lasak dan mampu tumbuh dengan baik sama ada di dalam air atau di tanah dengan penjagaan yang minimum. Namun, lebih baik jika anda menjaga tumbuhan anda dengan teliti agar ia mampu tumbuh dengan lebih segar dan sihat.

Semoga bermanfaat!

Diterbitkan pada
Disember 19, 2021
Dikemaskini pada
Mac 7, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti channel sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram