Cara Untuk Menjaga Pokok Dracaena Yang Betul

Ditulis oleh

Di Malaysia, pokok dracaena dikenali sebagai pokok pandan serani atau pokok pandan suju. Pokok hiasan Dracaena ini boleh membesar dalam dua situasi iaitu samada di luar atau di dalam rumah. Tetapi anda harus tahu cara menjaga pokok Dracaena ini agar ia mampu untuk hidup dalam apa jua keadaan sekalipun.

Pokok dracaena menjadi pilihan pokok hiasan yang popular saat ini kerana kesan visualnya memberi impak yang menarik kepada ruang atau landskap rumah anda. Ketinggiannya boleh mencapai 3 kaki di dalam rumah dan mempunyai daunyang lebat. Daunnya berkilat dan boleh membesar sehingga satu kaki panjang dan beberapa inci lebar. Dracaena ini mempunyai banyak spesis.

JENIS-JENIS POKOK DRACAENA YANG ADA

  • Dracaena Reflexa
  • Dracaena Marginata
  • Dracaena Massangeana
Pokok Dracaena

TIPS CARA MENJAGA POKOK DRACAENA PERLU ANDA KETAHUI

  1. Cahaya matahari

Lokasi yang ideal untuk pokok dracaena ialah ruang yang menerima cahaya matahari secara tidak langsung. Jika anda ingin meletakkannya di kawasan tingkap, pastikan anda memasang langsir siang yang tipis agar ruang tersebut menjadi separa teduh. Jangan letakkan pokok ini menghadap sepenuhnya sinaran matahari kerana daunnya akan menjadi terbakar.

  1. Air

Pastikan pokok anda kekal terhidrat dengan menyiram daunnya dan memastikan tanah tidak menakung air. Pastikan permukaan atas tanah kering terlebih dahulu sebelum anda menyiramnya dan jangan terlalu banyak air kerana boleh menyebabkan akar reput.

Daun yang layu atau warna kekuningan mungkin menunjukkan kadar air berlebihan pada pokok tersebut tetapi jangan risau itu adalah satu perkara yang biasa untuk pokok Dracaena untuk proses penumbuhan daun yang baru.

Pokok Dracaena
  1. Suhu

Suhu yang digalakkan untuk pokok ini adalah dari 18°C sehingga 25°C ketika waktu siang. Suhu yang kurang daripada 12°C akan membahayakan kepada tumbuhan. Pastikan pokok ini berada dalam keadaan suhu yang sesuai dan elak meletakkan pokok ini berdekatan dengan peralatan yang  menghasilkan haba panas atau sejuk.

Pokok Dracaena
  1. Toksin

Pokok ini tidak sesuai ditanam jika anda membela anjing atau kucing bersama di dalam rumah kerana pokok ini mempunyai toksin jika haiwan peliharaan anda mengigitnya. Sebagai pemilik haiwan kesayangan, penting untuk anda untuk memilih pokok dengan berhati-hati.

  1. Perosak

Pokok Dracaena ini bebas daripada masalah serangga atau perosak. Tetapi anda harus berhati-hati dengan kutu putih atau hama labah-labah. Jika pokok anda diserang oleh serangga atau perosak, anda boleh menggunakan racun serangga yang bersesuaian.

PERTANYAAN YANG POPULAR BERKAITAN DENGAN POKOK DRACAENA

Berapa kerap perlu saya siram pokok Dracaena?

Pastikan tanah separa kering sebelum anda menyiramnya kembali. Sekiranya suasana rumah anda lembap, anda boleh menyiram setiap 10-14 hari sekali.

Adakah saya boleh menyiram pokok Dracaena menggunakan air paip?

Pokok Dracaena sangat sensitif terhadap klorin dan florida. Kedua-dua bahan ini akan menyebabkan hujung daun menjadi keperangan. Sekiranya anda tiada pilihan selain menggunakan air paip, tadah air dan tinggalkan air dalam bekas terdedah selama semalaman untuk memastikan klorin terbebas sebelum menyiram.

Apakah tanah yang paling sesuai digunakan untuk menanam pokok ini?

Campuran tanah loam (40% pasir, 40% endapan dan 20% tanah liat) dan peat moss sesuai digunakan kerana Dracaena memerlukan tanah yang poros yang mempunyai saliran yang bagus. Pastikan pasu anda mempunyai ruang untuk menampung tumbesaran akar.

Diterbitkan pada
Februari 23, 2022
Dikemaskini pada
Mac 13, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti channel sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram