Ubahsuai Bilik Tidur Anak Berkonsepkan Frozen

Ditulis oleh

Semua ibu-bapa mahukan bilik tidur yang terbaik untuk anak mereka dengan dekorasi yang cantik dan menarik. Penghasilan dekorasi yang cantik pada bilik tidur anak mampu menghadirkan satu suasana yang ceria. Perkongsian pada kali ini adalah dari Suhaila Yahya. Perkongsiannya pula adalah mengenai ubahsuai bilik tidur anak berkonsepkan frozen.

Pemilihan dekorasi bilik tidur anak bergantung kepada minat anak anda sendiri. Sebagai contohnya, jika anak anda sangat meminati kartun seperti frozen dan barbie, anda boleh deko bilik tidur mereka dengan konsep sebegitu. Bagi anak lelaki pula, jika minatnya lebih kepada Super Hero, tidak salahnya jika deko bilik tidur mereka mengikut minat yang diinginkan.

Jom ikuti perkongsian dekorasi bilik anak yang menarik ini.

Ubahsuai Bilik Tidur Anak

 

Assalamuaikum, hai.

Saya nak kongsi sebelum dan selepas bilik anak saya. Gambar pertama itu semasa baru mula masuk tengok rumah, gambar kedua itu pula gambar terkini baru nak mula mengecat, memang bersepah habis.

Temanya adalah Frozen. Barang yang digunakan adalah barangan mana yang ada sahaja. Deco-deco bajet. frame, bunga dan para putih itu semua dari Kedai Eco.

 

Ini adalah keadaan bilik tidur anak sebelum diubahsuai dengan konsep yang menarik.

Keadaan bilik tidur anak semasa kali pertama melakukan dekorasi bajet selepas pindah masuk dirumah ini.

Ini pula adalah dekorasi kini bilik tidur anak mereka. Langsir yang digunakan itu sebenarnya shower curtain yang beli dari Kedai Mr.DIY.

Cadar yang digunakan adalah dibeli dari kedai karpet jenis patchwork. Dekat Shopee pun ada jual juga.

Bahagian tempat belajar dan ruang bermain anak mereka.

Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 27, 2022
Dikemaskini pada
Januari 27, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram